awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China rayu kepada WTO terhadap keputusan akhir EU berkenaan timbal balas terhadap EV China

Bernama
Bernama
05/11/2024
00:00 MYT
China rayu kepada WTO terhadap keputusan akhir EU berkenaan timbal balas terhadap EV China
China membuat rayuan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berhubung keputusan akhir Kesatuan Eropah (EU) mengenai langkah-langkah timbal balas terhadap kenderaan elektrik (EV) buatan China. - Gambar hiasan/REUTERS
BEIJING: China pada Isnin membuat rayuan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) berhubung keputusan akhir Kesatuan Eropah (EU) mengenai langkah-langkah timbal balas terhadap kenderaan elektrik (EV) buatan China, menurut Kementerian Perdagangannya.
China dengan tegas menentang langkah akhir EU untuk mengenakan duti timbal balas yang tinggi terhadap EV buatan China, meskipun terdapat pelbagai bantahan daripada pihak berkepentingan, termasuk kerajaan negara anggota EU, industri, dan orang awam, lapor agensi berita Xinhua memetik jurucakap kementerian.
Bagi melindungi kepentingan pembangunan industri EV dan kerjasama global dalam transformasi hijau, China memutuskan untuk membuat rayuan kepada mekanisme penyelesaian pertikaian WTO, kata jurucakap itu.
Aduan itu dibuat susulan rayuan terdahulu China kepada organisasi berkenaan terhadap langkah awal EU mengenai antisubsidi terhadap EV China, menurut kementerian.
China percaya bahawa keputusan EU, yang tidak mempunyai asas fakta dan undang-undang serta melanggar peraturan WTO, merupakan penyalahgunaan langkah-langkah penyelesaian perdagangan dan amalan perlindungan perdagangan atas nama timbal balas , kata jurucakap itu.
China telah menggesa EU supaya mengakui kesilapannya, segera membetulkan amalan menyalahi undang-undang dan bersama-sama menjaga kestabilan rantaian industri dan bekalan global EV serta keseluruhan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-EU, katanya lagi.tambah jurucakap itu.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kenderaan elektrik
#China
#WTO
#Kesatuan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan