awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
Harga barangan dan makanan KLIA disaran lebih berpatutan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COP27: 345 juta orang seluruh dunia hampiri kebuluran

Astro Awani
Astro Awani
08/11/2022
00:30 MYT
COP27: 345 juta orang seluruh dunia hampiri kebuluran
Seorang warga emas dilihat berdekatan dengan pusat agihan air bersih di kem pelarian di Baidoa, Somalia. - Foto AP
SHARM EL-SHEIKH: Ketua Agensi Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seru pemimpin dunia menggembleng sumber dan dana untuk selamatkan jutaan penduduk yang terjerumus ke kancah masalah kritikal akibat kejutan iklim.
Menurut Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP) PBB, David Beasley, terdapat sekurang-kurangnya 345 juta individu menuju ke arah kebuluran kerana konflik dan kejutan iklim.
Beliau menambah, tindakan penyelesaian dan dana diperlukan segera untuk mengelakkan penghijrahan besar-besaran dan ketidakstabilan negara yang terdedah kepada perubuhan iklim.
"Harapan saya daripada COP ini adalah pemimpin di seluruh dunia bukan sahaja akan bercakap tetapi ambil tindakan, kerana kita mempunyai berjuta-juta orang yang menghadapi masalah serius sekarang kerana kejutan iklim di seluruh dunia.
"Jika kita mempunyai tindakan segera, dana dan sumber yang diperlukan, kita boleh menghentikan penghijrahan daripada berlaku dan ketidakstabilan negara. Tetapi para pemimpin perlu mengambil tindakan dan mereka perlu mengambil tindakan dengan pantas," katanya.
Sementara itu, beliau menyentuh mengenai perang Rusia di Ukraine yang telah memburukkan lagi krisis kemanusiaan kerana kedua-dua negara merupakan pengeluar utama bijirin di dunia.
Beasley menjelaskan, beliau tidak kisah sama ada terdapat pihak cenderung menyokong atau membenci dengan Rusia tetapi ramai yang memerlukan bijirin dan baja.
Ketiadaan bijiran berpotensi menyebabkan penduduk di seluruh dunia mati kelaparan.
Topic Berkaitan
#PBB
#kebuluran
#perubahan iklim
#WFP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan