awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Itali bongkar sindiket jual sijil vaksin EU palsu

Astro Awani
Astro Awani
04/07/2021
01:27 MYT
COVID-19: Itali bongkar sindiket jual sijil vaksin EU palsu
EU pada Khamis melancarkan sijil COVID-19 digital yang direka untuk membantu warganegara melakukan perjalanan di 27 blok negara itu. - Foto REUTERS
MILAN: Polis Itali membongkar kegiatan jenayah dalam talian yang menjual sijil status COVID-19 digital Kesatuan Eropah (EU) palsu.
Pejabat Pendakwa Jenayah Siber di Milan mendedahkan ribuan orang bersedia membayar untuk mendapatkan sijil COVID-19 palsu berkenaan.
EU pada Khamis melancarkan sijil COVID-19 digital yang direka untuk membantu warganegara melakukan perjalanan di 27 blok negara itu.
Sijil itu mempunyai kod QR yang mempamerkan sama ada pelancong telah divaksinasi penuh atau baru pulih daripada jangkitan COVID-19 atau diuji negatif.
Polis menyatakan mereka telah berjaya membongkar 10 saluran di Telegram yang mempunyai hubungan dengan akaun tanpa nama di pasaran 'Dark Web' yang membolehkan orang ramai menghubungi penjual dan melakukan pembayaran secara mata wang kripto.
Sijil itu dijual antara 110 hingga 130 euro untuk semua pakej pas palsu.
Sebilangan pembeli dikesan daripada luar EU.
Ketua Unit Penipuan Siber dan Cukai Milan, Gian Luca Berruti berkata, kira-kira 250,000 pengguna telah mendaftar dan ratusan cuba berinteraksi dengan penjual.
Polis menyatakan mereka menemui beberapa sijil COVID-19 palsu yang mengandungi data pengenalan palsu, kod QR yang dihasilkan khas dan nombor kumpulan vaksin dos pertama dan kedua.
Gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan.
Skim ini terbongkar menggunakan dua alat kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan polis memantau web secara 'real time' dan kemudian berinteraksi sebagai bakal pelanggan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jenayah
#sijil digital
#Kesatuan Eropah
#palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan