awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif gobal lebih 252.3 juta, korban 5.08 juta

Astro Awani
Astro Awani
12/11/2021
22:28 MYT
COVID-19: Kes positif gobal lebih 252.3 juta, korban 5.08 juta
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melepasi 252.3 juta. -Gambar fail/AP
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melepasi 252.3 juta.
Ini berikutan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 46.9 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 34.4 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.9 juta kes.
United Kingdom kini mencatat lebih 9 juta kes, manakala Rusia dan Turki turut memasuki kumpulan negara yang catat lebih 8 juta kes.
Perancis pula mencatatkan lebih 7 juta kes.
Argentina, Sepanyol dan Colombia catat kes melebihi 5 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.
Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.5 juta, Thailand 2.0 juta, manakala Singapura merekodkan lebih 233,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.08 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 760,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 610,000 kes, India lebih 462,000 kes, Mexico lebih 290,000 kes, sementara Rusia kini mencatat lebih 248,000 kematian.
United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 97,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 87,000 kes.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 45,000 diikuti Malaysia dengan 29,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 19,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Amerika Syarikat
#angka korban
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan