awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Sejujurnya saya tak sangka -- Pemangku jurulatih Terengganu
Hamas tuntut tindakan terhadap pelanggaran Israel atas perjanjian gencatan senjata Gaza
Rundingan damai: AS, Iran gagal capai persetujuan - Vance
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perbincangan berterusan CAAM, MAHB demi kelangsungan industri penerbangan - Loke

Sinar Harian
Sinar Harian
09/04/2026
02:51 MYT
Perbincangan berterusan CAAM, MAHB demi kelangsungan industri penerbangan - Loke
Kementerian Pengangkutan terus mempergiat usaha bagi memastikan kelangsungan industri penerbangan melalui siri perbincangan berterusan dengan Malaysia Airports Holdings Bhd dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, kata Anthony Loke. - Gambar fail
Kementerian Pengangkutan (MOT) terus mempergiat usaha bagi memastikan kelangsungan industri penerbangan melalui siri perbincangan berterusan dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, satu sesi libat urus juga akan diadakan dengan pihak industri penerbangan minggu depan untuk membincangkan langkah diambil MOT susulan krisis tenaga global yang dihadapi kini.
“Seminggu dua lepas, saya berjumpa dengan CAAM, berbincang dengan MAHB. Kita akan terus mengadakan sesi libat urus dengan industri penerbangan pada minggu hadapan untuk memberikan respons kepada industri penerbangan apa langkah berkaitan untuk membantu kelangsungan industri penerbangan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan Bulan April, di sini, hari ini.
Loke menjelaskan, krisis berkenaan turut mendorong MOT menggalakkan rakyat untuk terus menggunakan pengangkutan awam terutamanya di Semenanjung.
“Kita harap dapat juga tunjukkan bahawa apa dilakukan oleh kerajaan khususnya dalam pembinaan kemudahan rel, terutamanya landasan-landasan kereta api yang menelan belanja cukup besar. Kesemua ini dapat memberikan manfaat jangka panjang kepada rakyat,” katanya.
Beliau dalam pada itu berkata, MOT menjangkakan akan berlaku perubahan tingkah laku dalam kalangan rakyat dengan lebih ramai akan beralih kepada penggunaan pengangkutan awam dan kenderaan elektrik (EV) selepas ini.
Justeru, beliau berkata, menjadi tanggungjawab MOT untuk memastikan sistem pengangkutan awam negara beroperasi dengan tahap kecekapan, kebolehpercayaan dan keselesaan yang tinggi.
Dalam perkembangan lain, Loke berkata, isu keselamatan jalan raya terus menjadi keutamaan kerajaan dengan langkah lebih tegas dan respons pantas akan dilaksanakan bagi mengurangkan kemalangan, khususnya melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol dan dadah.
“Kita mengakui bahawa isu sebegini merupakan isu besar kepada masyarakat...ia meragut nyawa manusia dan sudah tentu setiap kali apabila berlaku kemalangan, ia akan mendapat perhatian yang cukup besar daripada masyarakat.
“Jadi kita perlu membuat respons lebih cepat untuk memastikan keselamatan jalan raya terjamin. MOT akan terus memastikan langkah keselamatan dapat diambil dan juga perubahan dari segi pindaan kepada undang-undang akan sentiasa dikaji,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#krisis tenaga global
#pengangkutan awam
#Anthony Loke
#CAAM
#MAHB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan