awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Laos beri vaksin kepada kanak-kanak 6 hingga 11 tahun mulai Mac

Bernama
Bernama
16/02/2022
22:48 MYT
COVID-19: Laos beri vaksin kepada kanak-kanak 6 hingga 11 tahun mulai Mac
Laos pada Mac mula melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun. -Bernama
VIENTIANE: Kerajaan Laos pada Mac mula melaksanakan pemberian vaksin COVID-19 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun dalam usaha menjamin keselamatan pelajar selaras dengan pembukaan semula sesi persekolahan, lapor Xinhua, memetik media tempatan.
Akhbar tempatan Vientiane Times pada Rabu memetik kenyataan Timbalan Pengurus Program Imunisasi Kebangsaan, Chansai Pathammavong bahawa sejumlah 957,000 kanak-kanak akan menerima vaksin, dengan harapan menggalakkan ahli keluarga lain turut berbuat demikian.
Pemberian vaksin berkenaan akan bermula di Vientiane, tetapi wilayah lain yang sudah bersedia melancarkan program itu boleh meneruskan imunisasi, kata Chansai.
Vaksinasi terhadap kanak-kanak hanya diberikan sekiranya mendapat kebenaran ibu bapa dan penjaga.
Kementerian akan merangka pelan vaksinasi manakala Kementerian Pendidikan dan Sukan pula mempromosikan mengenai kepentingan vaksinasi kanak-kanak.
Kementerian Kesihatan turut mengarahkan pihak berkuasa tempatan dan pegawai kesihatan mengkaji kemajuan dalam pemberian vaksin dalam kalangan remaja berumur 12 hingga 17 tahun dan memastikan suntikan diberikan kepada mereka yang masih belum menerimanya.
Setakat ini, 65.74 peratus daripada rakyatnya telah menerima suntikan pertama, manakala 57.86 peratus telah lengkap dua dos suntikan vaksin, menurut Jawatankuasa Pasukan Petugas Kebangsaan bagi Pencegahan dan Kawalan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Chansai Pathammavong
#vaksin kanak-kanak
#laos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan