awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pas kesihatan diwajibkan sebelum kunjungi tempat awam di Perancis

Astro Awani
Astro Awani
29/07/2021
01:28 MYT
COVID-19: Pas kesihatan diwajibkan sebelum kunjungi tempat awam di Perancis
Pas kesihatan itu telah diwajibkan mulai 21 Julai lalu bagi lawatan ke muzium, pawagam dengan kapasiti lebih daripada 50 orang. - Foto AP/Rafael Yaghobzadeh
PARIS: Perancis akan menguatkuasakan undang-undang baharu yang mewajibkan pas kesihatan untuk mengunjungi kafe, menaiki kapal terbang atau kereta api.
Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen pada hujung minggu itu akan berkuatkuasa menjelang 9 Ogos.
Ia sekali gus membangkitkan kemarahan serta tunjuk perasaan secara besar besaran di Perancis, namun kerajaan bertekad untuk meneruskannya dalam usaha memerangi COVID-19.
Pas kesihatan itu diberikan bagi mereka yang sudah divaksin serta disaring negatif COVID-19 atau baru sembuh dari jangkitan.
Pas kesihatan itu telah diwajibkan mulai 21 Julai lalu bagi lawatan ke muzium, pawagam dengan kapasiti lebih daripada 50 orang.
Perancis turut terpalit peningkatan kes COVID-19 dengan penularan varian Delta dengan kes harian mencecah 19,000 sehari.
Ketika ini lebih 50 peratus populasi dewasa Perancis sudah lengkap divaksin.
Pihak berkuasa Perancis meluluskan pemberian suntikan vaksin Moderna kepada kanak-kanak berusia 12 sehingga 17 tahun, selepas Pfizer-BioNTech diberi kelulusan untuk golongan itu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan
#Moderna
#Pfizer
#suntikan
#Parlimen
#pas kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan