awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Peladang maut dipijak gajah keluar dari taman pelancongan

Astro Awani
Astro Awani
17/04/2020
03:24 MYT
COVID-19: Peladang maut dipijak gajah keluar dari taman pelancongan
Gajah betina terbabit dibawa keluar dari taman gajah berhampiran kawasan berkenaan untuk mencari makanan. Gambar hiasan/ Bernama.
SEORANG lelaki maut dipijak gajah jinak yang dibawa keluar dari sebuah taman gajah di Chiang Mai untuk mencari makanan selepas pusat itu ditutup disebabkan ketiadaan pengunjung akibat pandemik COVID-19.
Dalam kejadian di daerah San Sai pada Khamis itu, lelaki dikenal pasti sebagai Sa-ard Khamsrijai, 68, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.
Polis mengesahkan kecederaan mangsa yang juga pemilik ladang sayur di kawasan itu, sepadan dengan kesan dipijak gajah, lapor Bangkok Post.
Jurucakap polis berkata, terdahulu gajah betina terbabit dibawa keluar dari taman gajah berhampiran kawasan berkenaan untuk mencari makanan.
Difahamkan, gajah itu diikat pada sebatang pokok di hutan oleh penjaganya, namun terlepas dan haiwan itu kemudian memasuki kawasan kampung berhampiran.
Mangsa dipercayai terserempak gajah itu menceroboh ladang sayurnya dan cuba menghalau, namun haiwan berkenaan dikatakan terkejut lalu menyerang mangsa.
Difahamkan, siasatan lanjut masih dijalankan dan polis akan mengenakan tuduhan jenayah terhadap pemilik taman gajah terbabit.
BACA: COVID-19: Gajah-gajah tunggangan di Thailand kini bebas
Sebelum ini, media melaporkan, pandemik COVID-19 yang melanda dunia sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada banyak gajah yang dipelihara di taman gajah untuk tujuan pelancongan.
Sebagai contoh, Kem Gajah Maesa di Chiang Mai, terpaksa ditutup, sekali gus 'membebaskan' gajah-gajah di situ daripada tugasan harian mereka.
Kesemua 78 gajah yang terdapat di kem itu tidak perlu lagi menjadi tunggangan pengunjung, malah pemilik kem itu memaklumkan mereka akan menghentikan perkhidmatan tersebut, biarpun selepas wabak berakhir nanti.
Haiwan itu kini dibiarkan berkeliaran dengan bebas dalam kawasan kem dan pengunjung hanya boleh memerhatikan mereka dari jauh.
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Chiang Mai
#ditutup
#gajah
#jinak
#pelancongan
#pusat pelancongan
#Thailand
#tunggangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan