awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: PM Perancis umum sekatan hujung minggu di 23 wilayah

Astro Awani
Astro Awani
04/03/2021
23:35 MYT
COVID-19: PM Perancis umum sekatan hujung minggu di 23 wilayah
Jean Castex bercakap pada sidang media menerangkan strategi kerajaan Perancis berhubung pandemik COVID-19 di Paris, 4 Mac, 2021. - REUTERS
PERDANA Menteri Perancis Jean Castex mengumumkan pada Khamis, langkah penutupan pada hujung minggu akan diperluas ke wilayah Pas De Calais bermula Sabtu.
Beliau turut mengisytiharkan, tiga wilayah baharu ditempatkan di bawah pengawasan ketat kerana kadar jangkitan yang tinggi, menjadikan 23 wilayah diarahkan ditutup di seluruh negara setakat ini.
"Tiga wilayah lain, Hautes-Alpes, Aisne dan Aube mengalami peningkatan kes seminggu yang lalu sehingga mencapai kenaikan 250 (kes) untuk 100,000 (penduduk) dan kemudian, 20 wilayah diletakkan di bawah pengawasan diperketat.
"Analisis angka terkini dan hasil perbincangan dengan rakyat terpilih daerah ini mendorong saya untuk mengambil empat langkah.
"Yang pertama adalah melanjutkan penutupan hujung minggu, yang sudah dilaksanakan di wilayah Dunkirk dan Nice, ke wilayah Pas-de-Calais," katanya pada sidang media di Paris.
Peniaga dengan premis berkeluasan 10,000 meter persegi akan ditutup di 23 wilayah yang berisiko.
Lebih daripada 60 peratus daripada semua jangkitan koronavirus baharu di Perancis kini merupakan varian baharu yang di dikesan di UK.
Ini adalah usaha Perancis untuk melakukan segala yang mungkin untuk mengelakkan kenaikan kes mendadak kali ketiga.
Topic Berkaitan
#Jean Castex
#Hautes-Alpes
#Perdana Menteri
#Paris
#peniaga
#varian baharu
#Aisne
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan