awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Qatar mula beri suntikan dos penggalak

Bernama
Bernama
16/09/2021
08:49 MYT
COVID-19: Qatar mula beri suntikan dos penggalak
Qatar pada Rabu memulakan pemberian suntikan dos penggalak kepada individu berisiko tinggi yang telah menerima dos kedua vaksin COVID-19 lebih lapan bulan lalu. - Gambar hiasan/AP
DOHA: Qatar pada Rabu memulakan pemberian suntikan dos penggalak kepada individu berisiko tinggi yang telah menerima dos kedua vaksin COVID-19 lebih lapan bulan lalu, menurut Kementerian Kesihatan Awam Qatar.
Langkah itu berikutan pengumuman kementerian awal minggu ini yang memaklumkan pemberian suntikan dos penggalak akan menumpukan kepada kumpulan individu paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk, lapor Agensi Berita Qatar ( QNA).
Kumpulan itu termasuk mereka berusia lebih 65 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kronik, serta pekerja barisan hadapan. Pemberian dos penggalak untuk kumpulan di bawah umur itu dan orang awam akan dilaksana kemudian.
Individu yang perlu menerima suntikan itu akan dihubungi pihak berkuasa kesihatan untuk membuat janji temu dan perlu mendapatkan dos penggalak secepat mungkin.
Mereka digalak menerima suntikan vaksin COVID-19 tambahan itu dalam tempoh 12 bulan selepas menerima dos kedua.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Qatar
#dos penggalak
#vaksin COVID-19
#booster
#individu berisiko tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan