awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Satu suntikan memadai, keberkesanan lebih 80 peratus - Pakar kesihatan Kanada

Astro Awani
Astro Awani
18/02/2021
23:44 MYT
COVID-19: Satu suntikan memadai, keberkesanan lebih 80 peratus - Pakar kesihatan Kanada
Satu suntikan vaksin didakwa memadai untuk mengekang penularan penyakit COVID-19, dakwa pakar kesihatan Kanada. -Gambar fail
OTTAWA: Satu suntikan vaksin COVID-19 didakwa memadai untuk mengekang penularan penyakit COVID-19.
Itu dapatan oleh pegawai kesihatan Kanada yang mengkaji keberkesanan satu suntikan vaksin Pfizer-BioNTech berbanding dua yang disyorkan pengeluar.
Ia sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai orang mendapatkan suntikan itu susulan bekalan vaksin yang agak terhad, lapor portal CityNews.ca.
Timbalan ketua pegawai kesihatan awam Kanada, Dr Howard Njoo berkata kajian baharu oleh Kanada itu amat mengagumkan.
Jurnal Perubatan New England menyebut bahawa keberkesanan vaksin tersebut meningkat 92 peratus berbanding 52 peratus selepas diberikan dos kedua 14 hari kemudian.
Walau bagaimanapun Dr Gaston De Serres berkata data awal menunjukkan satu dos yang diberikan kepada pekerja penjagaan kesihatan dan penghuni pusat jagaan berkesan pada kadar 80 peratus dalam dua atau tiga minggu.
De Serres dan Dr Danuta Skowronski dari Pusat Kawalan Penyakit British Columbia berkata penangguhan dos kedua memungkinkan lebih ramai golongan rentan dilindungi dengan sekurang-kurangnya satu suntikan.
Beberapa pengeluar vaksin mengesyorkan suntikan kedua diberikan dalam tempoh 21 atau 28 hari selepas suntikan pertama.
Semua berita Vaksin COVID-19
Semua berita Vaksin COVID-19
Topic Berkaitan
#satu suntikan
#Pfizer-BioNTech
#Howard Njoo
#Jurnal Perubatan New England
#Gaston De Serres
#Danuta Skowronski
#Pusat Kawalan Penyakit British Columbia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan