awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Selamat tinggal pelitup muka - PM Hungary

Astro Awani
Astro Awani
24/05/2021
00:06 MYT
COVID-19: Selamat tinggal pelitup muka - PM Hungary
Viktor Orban bercakap kepada media ketika menghadiri sidang kemuncak EU di Pusat Kongres Alfandega do Porto, di Porto, Portugal, 7 Mei, 2021. (Gambar fail AP)
HUNGARY akan mengurangkan sebahagian besar sekatan bagi mengurangkan penularan COVID-19 sejurus selepas angka vaksinasi di negara itu mencapai 5 juta hujung minggu ini.
Perdana Menteri Viktor Orban berkata pada Jumaat, susulan itu, orang ramai tidak perlu lagi memakai pelitup muka di tempat awam dan perintah berkurung waktu malam dibatalkan.
Pada masa sama, aktiviti perhimpunan akan dibenarkan sehingga 500 orang di kawasan terbuka, sementara acara di kawasan tertutup dibenarkan untuk individu yang mempunyai kad vaksinasi.
Orban berkata, negara itu telah berjaya menewaskan pandemik gelombang ketiga.
Hungary adalah satu-satunya negara Kesatuan Eropah (EU) yang telah meluluskan dan menggunakan vaksin Rusia dan China dalam jumlah yang banyak sebelum Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) memeriksa atau meluluskannya.
Ini memungkinkan negara itu mencapai salah satu kadar inokulasi tertinggi di EU dengan 50 peratus daripada penduduknya yang seramai 10 juta orang telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan.
Sebilangan besar aspek industri perkhidmatan Hungary sudah beroperasi, termasuk hotel, restoran, spa, teater, pawagam, gimnasium dan tempat sukan.
Ekonomi negara itu menyusut 5 peratus tahun lalu.
Orban yang berdepan pilihan raya pada 2022 mengatakan, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini mungkin lebih tinggi daripada unjuran semasa kerajaan iaitu 4.3%. Beliau mengulangi bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memanjangkan moratorium pembayaran pinjaman COVID-19 hingga akhir bulan Ogos bagi membolehkan bank dan kerajaan meneruskan perbincangan dan menyusun rancangan mengenai masa depan moratorium tersebut. Peminjam berpendapatan rendah perlu lebih banyak sokongan, katanya, tanpa menjelaskan secara terperinci.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#perhimpunan
#pandemik
#pelitup muka
#Hungary
#ekonomi
#EU
#KDNK
#bank
#sukan
#kerajaan
#suntikan
#vaksin
#pilihan raya
#Kesatuan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan