awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Setiap orang dewasa di UK ditawarkan suntikan vaksin

Astro Awani
Astro Awani
18/07/2021
23:49 MYT
COVID-19: Setiap orang dewasa di UK ditawarkan suntikan vaksin
Setakat ini, 87.8 peratus orang dewasa telah menerima suntikan pertama vaksin COVID-19. - Foto fail/REUTERS/Henry Nicholls
LONDON: Setiap orang dewasa di United Kingdom telah ditawar untuk mendapatkan suntikan pertama vaksin COVID-19.
Kementerian Kesihatan mengumumkan pencapaian itu apabila England mula mansuhkan sekatan esok.
Sasaran Perdana Menteri, Boris Johnson adalah untuk setiap orang dewasa yang mahu mendapatkan vaksin boleh memperolehnya pada 19 Julai.
Setakat ini, 87.8 peratus orang dewasa telah menerima suntikan pertama vaksin COVID-19.
Kerajaan juga telah memenuhi sasaran memberikan dua pertiga orang dewasa dua dos lengkap vaksin.
Jonhson meneruskan pembukaan semula ekonomi sepenuhnya walaupun berlaku peningkatan kes jangkitan didorong oleh varian Delta yang mudah menular.
Kes jangkitan baharu COVID-19 berada pada tahap tertinggi sejak Januari.
Beberapa saintis menyatakan kebimbangan mengenai pembukaan semula ekonomi dan aktiviti sosial susulan kes yang tinggi.
Kerajaan UK berpendapat bahawa pelancaran vaksin COVID-19 telah melemahkan hubungan antara kes kematian, kemasukan ke hospital dan kes jangkitan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#dewasa
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan