awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura catat 876 kes baharu, jumlah keseluruhan melebihi 23,000

Bernama
Bernama
10/05/2020
09:46 MYT
COVID-19: Singapura catat 876 kes baharu, jumlah keseluruhan melebihi 23,000
Data awal menunjukkan hanya tiga kes membabitkan warganegara atau penduduk tetap Singapura manakala baki selebihnya adalah pekerja asing. - Reuters
Singapura, yang mengenal pasti sembilan lagi kluster baharu semalam, hari ini mengesahkan 876 kes positif baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di republik itu setakat ini ialah 23,336.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH), data awal setakat tengah hari ini menunjukkan bahawa hanya tiga kes membabitkan warganegara atau penduduk tetap Singapura manakala baki selebihnya adalah pekerja asing yang tinggal di asrama.
Kenyataan itu menyebut bahawa MOH sedang meneliti butiran kes dan akan memberikan perkembangan terkini kemudian.
Singapura, yang melaksanakan langkah pemutus rantaian COVID-19 lebih ketat yang dijadualkan berakhir pada 1 Jun, setakat ini telah mengklasifikasikan sejumlah 1,283 sebagai kes komuniti, 579 sebagai kes import dan 627 sebagai kes membabitkan pekerja asing yang tinggal di luar asrama.
Sementara itu, pekerja asing yang tinggal di asrama mendominasi jumlah jangkitan keseluruhan pada Sabtu (22,460 kes) dengan menyumbang kira-kira 88.9 peratus atau 19,971 kes, menurut data terperinci yang dikeluarkan semalam.
Republik itu ketika ini telah mengenal pasti lebih 90 kluster dan yang terbesar ialah kluster Asrama S11 @ Punggol dengan 2,545 kes disahkan.
Setakat ini, sejumlah 2,296 pesakit telah dibenarkan keluar hospital atau kemudahan penjagaan komuniti manakala 1,124 kes masih menerima rawatan dengan 23 dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.
Menurut kementerian itu, sejumlah 19,020 kes yang mempunyai gejala ringan atau sihat dari segi klinikal namun masih diuji positif COVID-19, telah diasingkan dan dirawat di kemudahan komuniti.
Sebanyak 20 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi susulan jangkitan COVID-19 di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#koronavirus
#pekerja asing
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan