awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas peguam, kerani maut akibat lemas kerana terhidu asap - Polis

Bernama
Bernama
14/04/2026
07:32 MYT
Bekas peguam, kerani maut akibat lemas kerana terhidu asap - Polis
Selain San Markan, seorang kerani wanita B. J. Chandra, 60, turut maut dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12.14 tengah hari itu. - Gambar fail
Kejadian dua individu termasuk bekas peguam berpengalaman Datuk San Markan Ganapathi, 88, yang maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah kedai dua tingkat yang dijadikan pejabat guaman di Lebuh King di sini semalam, diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) terhadap kedua-dua mangsa mendapati punca kematian kerana asfiksia atau sukar bernafas akibat penyedutan asap.
"Ketika ini, polis klasifikasikan sebagai SDR dan jika ada unsur jenayah barulah polis siasat di bawah Kanun Keseksaan, punca kebakaran akan disiasat oleh pihak bomba dengan laporan penuh hasil siasatan bomba dijangka siap dalam satu hingga dua minggu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Selain San Markan, seorang kerani wanita B. J. Chandra, 60, turut maut dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12.14 tengah hari itu.
San Markan ditemukan pasukan operasi bomba pada 1.05 tengah hari dalam keadaan duduk di atas kerusi berhampiran dengan tingkap pejabat di tingkat dua bangunan berkenaan, manakala Chandra dijumpai berhampiran dinding di bawah timbunan fail pada 3.26 petang.
Bedah siasat kedua-dua mangsa kejadian itu dilakukan pada 9 pagi tadi sebelum selesai sepenuhnya kira-kira tiga jam kemudian, dan tinjauan Bernama mendapati ahli keluarga mereka menunggu sejak pagi bagi menunggu proses tersebut sebelum menuntut mayat mangsa selepas selesai bedah siasat.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Shoki Hamzah berkata pihaknya ketika ini sedang menjalankan siasatan penuh dan akan melengkapkan laporan kebakaran itu yang dijangka siap dalam dua minggu lagi.
"Setakat ini, siasatan kami tiada unsur jenayah, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekas peguam maut
#kebakaran pejabat
#pulau pinang
#San Markan Ganapathi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan