awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tangguh vaksin golongan remaja, agih dahulu kepada negara miskin - WHO

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2021
22:34 MYT
COVID-19: Tangguh vaksin golongan remaja, agih dahulu kepada negara miskin - WHO
Negara-negara kaya disaran menangguhkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak dan remaja dan mengagihkan bekalan vaksin sedia ada kepada negara-negara miskin. -Gambar fail
GENEVA: Negara-negara kaya disaran menangguhkan pemberian vaksin kepada kanak-kanak dan remaja.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata mereka sebaliknya perlu mengagihkan bekalan vaksin sedia ada kepada negara-negara miskin.
Menurut ketua pengarahnya Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, langkah ini akan membantu menggerakkan lagi inisiatif Covax.
Ketika ini pengagihan vaksin menerusi inisiatif berkenaan disifatkan tidak adil.
Ini menyebabkan wujud jurang ketara dalam pemberian vaksin antara negara berkemampuan dan negara miskin.
Sejak vaksin pertama diluluskan Disember lalu, negara-negara kaya dilaporkan membeli sebahagian besar bekalan.
Semuanya gara-gara perlumbaan untuk memastikan sebanyak mungkin populasi mereka divaksin.
Dr Tedros dalam pada itu mengakui keperluan negara-negara menyuntik vaksin kepada kumpulan kanak-kanak dan remaja.
Namun beliau meminta negara berkenaan mempertimbang semula langkah itu.
Beliau memberi contoh senario kekurangan vaksin di negara miskin menyebabkan ada kalangan petugas barisan hadapan tidak divaksin dan berdepan risiko jangkitan yang tinggi.
Minggu lalu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden umum pelan membenarkan pemberian vaksin kepada kumpulan umur 12 ke 15 tahun secepat mungkin.
Negara itu menyasarkan 70 peratus populasinya menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 4 Julai.
Topic Berkaitan
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#vaksin
#negara kaya
#negara miskin
#agihan tidak adil
#Tedros Adhanom Ghebreyesus
#COVAX
#negara berkemampuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan