awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: WHO beri amaran kepada negara kaya agar tidak simpan vaksin

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
09/12/2021
22:25 MYT
COVID-19: WHO beri amaran kepada negara kaya agar tidak simpan vaksin
WHO beri amaran kepada negara-negara kaya supaya tidak menyimpan bekalan vaksin COVID-19. -Gambar hiasan
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada negara-negara kaya supaya tidak menyimpan bekalan vaksin COVID-19 untuk suntikan penggalak ketika agensi itu berusaha untuk membendung varian baharu Omicron.
Menurut Pengarah Vaksin WHO, Kate O'Brien, tindakan berkenaan akan menjejaskan bekalan ke negara-negara miskin yang kadar vaksinasinya masih rendah.
Katanya, ketika dunia berdepan risiko penularan varian Omicron, dikhuatiri terdapat isu bekalan vaksin global di mana ia akan disalurkan ke negara kaya.
Kadar vaksinasi yang rendah bagi sesebuah negara akan berisiko menimbulkan risiko varian baharu yang lebih berbahaya.
Dilaporkan, banyak negara Barat sudah melancarkan dos penggalak yang menyasarkan warga emas, individu yang mempunyai masalah kesihatan.
Pada ketika ini, pakar masih belum mengetahui sejauh mana keberkesanan vaksin dalam membendung Omicron, namun ia terbukti dalam memperlahankan jangkitan COVID-19 dan komplikasinya.
Terdahulu, Pengarah Kecemasan WHO, Mike Ryan turut memaklumkan, varian Omicron dilaporkan lebih pantas menular.
Katanya, pihaknya masih belum mendapatkan maklumat lanjut mengenai implikasi secara klinikal dan terhadap vaksin.
Namun, katanya, dengan kesamarataan vaksin akan mampu membawa perubahan besar dalam menentang wabak ini pada 2022.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#WHO
#vaksin
#Omicron
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan