awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Croatia salur EUR1 juta bantuan kemanusiaan ke Gaza - Menteri

Bernama
Bernama
28/08/2025
21:00 MYT
Croatia salur EUR1 juta bantuan kemanusiaan ke Gaza - Menteri
Bantuan daripada Croatia untuk Gaza itu akan disalurkan melalui Program Makanan Sedunia (WFP).
ZAGREB: Kerajaan Croatia akan menyalurkan bantuan kemanusiaan tambahan berjumlah EUR1 juta (US$1.17 juta) tahun ini kepada penduduk awam Gaza yang menderita akibat kebuluran, kata Menteri Luar dan Hal Ehwal Eropah, Gordan Grlic Radman pada Khamis, lapor Xinhua.
Beliau berkata, bantuan itu akan disalurkan melalui Program Makanan Sedunia (WFP), pertubuhan kemanusiaan utama yang mengetuai usaha memerangi kebuluran dan ketakjaminan makanan di peringkat global.
"Keputusan ini dibuat berikutan keadaan kemanusiaan yang semakin merosot serta pengesahan berlakunya kebuluran di Gaza. Sejak permulaan konflik di Gaza, Croatia telah menghantar EUR2.75 juta bantuan kemanusiaan kepada penduduk awam di wilayah itu," katanya.
Langkah Croatia itu menyusul selepas lawatan Menteri Luar Palestin, Varsen Aghabekian pada Rabu, yang turut mengadakan pertemuan berasingan dengan Presiden Croatia, Zoran Milanovic dan Perdana Menteri, Andrej Plenkovic.
Menurut penilaian bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dikeluarkan pada 22 Ogos, lebih setengah juta penduduk Gaza kini berdepan keadaan kebuluran yang dicirikan oleh kelaparan dan kematian yang sepatutnya boleh dielakkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bangtuan kemanusiaan
#Croatia
#Gaza
#WFP
#kebuluran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan