awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lawatan Negara: Prabowo tiba di Paris, adakan pertemuan dengan Macron
Anwar rakam takziah atas pemergian legenda muzik India Asha Bhosle
Majlis Konvokesyen CeIO dihadiri Azam Baki dikawal ketat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran SMU Darul Ulum: PM arah tindakan segera, utamakan keselamatan pelajar

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
14/04/2026
05:16 MYT
Kebakaran SMU Darul Ulum: PM arah tindakan segera, utamakan keselamatan pelajar
Pada Ahad lalu, tiga blok bangunan SMU (Arab) Darul Ulum Muhammadiah, Kolam, Pak Badol dilaporkan terbakar. - Gambar/ FB Mija Azmiza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan tindakan segera diambil susulan insiden kebakaran yang menimpa Sekolah Menengah Ugama (SMU) (Arab) Darul Ulum Muhammadiah.
Menerusi kenyataan di Facebook, beliau menyifatkan kejadian itu sebagai satu ujian besar buat warga sekolah berkenaan, sekali gus menuntut tindakan tuntas daripada semua pihak berkaitan.
Menurutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia, Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri serta agensi lain telah diarahkan untuk menyegerakan langkah susulan bagi menangani situasi tersebut.
“Keutamaan kita ketika ini adalah memastikan keselamatan pelajar dan kelancaran pembelajaran yang terjejas akibat kejadian tersebut,” katanya.
Beliau turut memberi jaminan bahawa Kerajaan MADANI akan mempercepatkan penyaluran bantuan yang diperlukan serta bekerjasama rapat dengan semua pihak bagi mempercepatkan proses pemulihan.
Tambahnya, usaha itu penting bagi memastikan sekolah berkenaan dapat kembali beroperasi seperti sediakala dalam kadar segera.
Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa aspek keselamatan, keselesaan dan kebajikan pelajar sentiasa menjadi keutamaan kerajaan dalam memastikan proses pembelajaran berjalan dengan baik.
Pada Ahad lalu, tiga blok bangunan SMU (Arab) Darul Ulum Muhammadiah, Kolam, Pak Badol dilaporkan terbakar.
Penyelia Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok, Mohd Khairul Fais Ariffin berkata kebakaran terbabit melibatkan bangunan jenis kekal yang mempunyai keluasan berbeza dengan satu daripadanya musnah 98 peratus,
Beliau berkata operasi pemadaman turut dibantu BBP Ketereh, BBP Pasir Tumboh serta Unit Tangki BBP Pengkalan Chepa dengan kekuatan 25 anggota, selain menggunakan dua aliran hos dan empat pancutan nozel serta sumber air daripada tangki jentera dan bekalan air.
Mohd Khairul Fais berkata api berjaya dikawal pada 4.10 petang dan operasi pemadaman masih diteruskan bagi memastikan tiada punca api yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrabim
#kebakaran
#bomba
#Sekolah Menengah Ugama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan