awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Darurat diisytihar susulan kebakaran hutan di Long Island, New York

Bernama
Bernama
09/03/2025
09:15 MYT
Darurat diisytihar susulan kebakaran hutan di Long Island, New York
Darurat diisytiharkan di New York akibat kebakaran hutan di Long Island, memaksa pemindahan penduduk dan penutupan lebuh raya utama. -AP
ISTANBUL: Darurat diisytiharkan di New York pada Sabtu ketika kebakaran hutan terus merebak di Long Island, memaksa penduduk dipindahkan dan mengakibatkan gangguan besar, menurut pegawai.

Ringkasan AI
  • Darurat diisytiharkan di New York akibat kebakaran hutan di Long Island, memaksa pemindahan penduduk dan penutupan lebuh raya utama.
  • Pasukan bomba dengan sokongan helikopter Pengawal Kebangsaan sedang berusaha memadamkan kebakaran yang masih tidak terkawal, dengan angin kencang memburukkan keadaan.
  • Pihak berkuasa mengeluarkan amaran terhadap aktiviti pembakaran rekreasi dan menasihatkan berhati-hati dengan sumber pencetus api kerana risiko kebakaran yang tinggi.

Agensi Anadolu (AA) melaporkan Gabenor Kathy Hochul mengesahkan yang pasukan bomba, dengan sokongan helikopter Pengawal Kebangsaan, sedang berusaha memadamkan kebakaran berhampiran Pine Barrens, kawasan hutan di timur New York City yang menempatkan beberapa bandar.
"Ketika ini, kebakaran masih tidak terkawal," kata Hochul dalam temu bual dengan News 12. "Kami melihat penduduk terpaksa dipindahkan dari kawasan Westhampton."
Angin kencang memburukkan lagi keadaan, menyebabkan asap tebal menyelubungi udara dan mendorong pemindahan sebuah pangkalan tentera serta penutupan lebuh raya utama.
Pihak berkuasa di Southampton mengeluarkan amaran terhadap aktiviti pembakaran rekreasi memandangkan risiko kebakaran semakin meningkat.
"Berhati-hati semasa mengendalikan sebarang sumber pencetus api, termasuk mesin, rokok dan mancis," Perkhidmatan cuaca memberi amaran.
"Sebarang kebakaran yang tercetus berpotensi merebak dengan cepat."
Pihak berkuasa terus memantau keadaan ketika pasukan kecemasan bertungkus-lumus mengawal kebakaran.
Data satelit NASA menunjukkan api dan kepulan asap menjangkau kira-kira 4 kilometer (2.5 batu) sepanjang Lebuh Raya Sunrise, laluan utama ke bahagian timur Long Island. Hochul berkata rumah berhampiran, sebuah kilang bahan kimia dan gudang Amazon berada dalam risiko.
Ketika kebakaran terus marak, video di media sosial menunjukkan kepulan asap tinggi berhampiran Belt Parkway di Brooklyn, meskipun punca kebakaran itu masih belum diketahui. Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#New York
#Long Island
#Pengawal Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan