awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dasar tarif Trump berisiko kurangkan kuasa beli pengguna teknologi AS sehingga US$143 bilion - Persatuan

Bernama
Bernama
06/01/2025
22:45 MYT
Dasar tarif Trump berisiko kurangkan kuasa beli pengguna teknologi AS sehingga US$143 bilion - Persatuan
Pembelian komputer riba dan tablet boleh merosot sehingga 68 peratus, manakala penggunaan konsol permainan video mungkin turun 58 peratus. - Gambar hiasan
LAS VEGAS: Consumer Technology Association (CTA) memberi amaran pada Ahad bahawa tarif yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) terpilih, Donald Trump boleh mengurangkan dengan ketara keupayaan rakyat AS untuk membeli produk teknologi, dengan potensi pengurangan kuasa beli pengguna sehingga US$143 bilion, lapor Xinhua.
Menurut laporan yang dikeluarkan CTA, pembelian komputer riba dan tablet boleh merosot sehingga 68 peratus, manakala penggunaan konsol permainan video mungkin turun 58 peratus.
Pembelian telefon pintar, produk teknologi utama pengguna moden, dijangka menurun sehingga 37 peratus.
"Kami telah memantau secara teliti dalam kajian unjuran kami, meneliti produk teknologi yang disukai dan digunakan pengguna, termasuk telefon pintar dan komputer riba, dan memahami bahawa produk ini mungkin terancam oleh cadangan tarif Presiden Pilihan Trump," kata Pengarah Kanan Inovasi dan Trend CTA, Brian Comiskey.
Laporan itu meramalkan bahawa industri teknologi pengguna AS akan berkembang sebanyak 3.2 peratus kepada US$537 bilion pada 2025.
"Unjuran positif kami mencerminkan kekuatan industri, tetapi tarif yang dicadangkan mengancam kuasa deflasi teknologi dalam ekonomi global. Tarif adalah cukai ke atas perniagaan dan pengguna AS. Kami menggesa pentadbiran baharu dan Kongres memberi keutamaan kepada Agenda Inovasi yang memacu pertumbuhan," kata Ketua Pegawai Eksekutif CTA, Gary Shapiro, dalam satu kenyataan.
Naib Presiden Perdagangan CTA, Ed Brzytwa, turut menzahirkan kebimbangan mengenai kemungkinan kesan antarabangsa.
"Tindakan balas daripada rakan dagangan kami meningkatkan kos, mengganggu rantaian bekalan, dan menjejaskan daya saing industri AS," katanya, sambil menggesa pentadbiran baharu mempertimbangkan dengan teliti kesan ini ketika merangka dasar perdagangan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#tarif
#Consumer Technology Association
#kuasa beli pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan