awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Deepavali jadi cuti sekolah di New York City

Bernama
Bernama
27/06/2023
12:07 MYT
Deepavali jadi cuti sekolah di New York City
Perkara itu diumumkan oleh Datuk Bandar New York City Eric Adams pada Isnin. - Gambar fail/AP/Brittainy Newman
NEW YORK: Perayaan Deepavali atau Diwali, Festival Cahaya selama lima hari yang disambut oleh penganut Hindu, Jain, Sikh dan Buddha akan menjadi cuti sekolah umum di New York City, lapor United Press International (UPI).
Perkara itu diumumkan oleh Datuk Bandar New York City Eric Adams pada Isnin.
"Saya amat berbangga kerana terlibat bersama anggota Dewan Perundangan Negeri Jenifer Rajkumar dan ketua masyarakat dalam perjuangan menjadikan Diwali sebagai cuti sekolah," tulis datuk bandar di Twitter.
Jabatan Pendidikan New York City pada Isnin juga mengeluarkan dua kalendar sekolah bagi tahun 2024-25 dan 2025-26, menunjukkan cuti Diwali yang dijadualkan pada Jumaat, 1 Nov 2024 dan Isnin, 20 Okt 2025.
Rajkumar, yang merupakan rakyat Amerika keturunan India pertama dan Hindu-Amerika pertama yang dipilih ke Dewan Perundangan Negeri New York berkata terdapat lebih 600,000 penganut Hindu, Jain, Sikh dan Buddha di New York City yang menyambut Diwali.
Diwali akan menggantikan 'Anniversary Day', yang disifatkan Rajkumar sebagai hari yang tidak jelas dan kuno yang diperkenalkan pada tahun 1800-an, pada kalendar sekolah New York City. Undang-undang New York mensyaratkan sekolah mempunyai sekurang-kurangnya 180 hari pengajaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Deepavali
#cuti sekolah
#ketua mesyarakat
#penganut hindu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan