awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Demonstrasi projek jimat cermat di Portugal

Astro Awani
Astro Awani
03/03/2013
00:36 MYT
Demonstrasi projek jimat cermat di Portugal
Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan menyertai perarakan besar-besaran di 20 bandaraya di Portugal menentang program jimat cermat negara itu.
Dalam demonstrasi itu, mereka memenuhi jalan raya di Lisbon sambil menuju ke kementerian kewangan dengan membawa sepanduk berbunyi ‘anti Troika dan kerajaan perlu dengar hak rakyat’.
Tunjuk perasaan berkenaan disertai sebahagian besarnya oleh golongan muda di mana mereka adalah paling ramai tidak bekerja iaitu sebanyak 40 peratus.
Ia turut mendapat sokongan kesatuan sekerja terbesar negara itu.
Menerusi perjanjian dengan Troika, Portugal terpaksa mengurangkan lagi perbelanjaannya untuk tempoh dua tahun akan datang membabitkan sejumlah USD 5.2 billion (RM16.09 billion).
Ia menyaksikan peruntukan bagi manfaat kesihatan, pendidikan , pencen dan gaji kakitangan awam dipotong.
Penunjuk perasaan mendakwa satu-satunya cara untuk mengembalikan masa hadapan yang cerah buat Portugal ialah dengan mengubah dasar keraaan.
Program jimat cermat Portugal bertujuan membawa keluar negara itu dari era kemelesetan.
Negara itu dijangka mengalami penguncupan ekonomi sebanyak dua peratus tahun ini, meleset untuk tahun ketiga berturut-turut.
Memburukkan keadaan, kadar keseluruhan pengangguran mencecah paras rekod menghampiri 18 peratus.
Topic Berkaitan
#anti Troika
#Lisbon
#Penunjuk perasaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan