awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Stesen minyak kehabisan stok kes terpencil, bekalan negara mencukupi – Anthony Loke
PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepaktakraw Malaysia
Zara Qairina tidak sedarkan diri namun masih bernafas ketika perjalanan ke hospital
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Di kedudukan Tier 2, Thailand kecewa dengan Laporan Pemerdagangan Manusia 2021

Bernama
Bernama
02/07/2021
20:08 MYT
Di kedudukan Tier 2, Thailand kecewa dengan Laporan Pemerdagangan Manusia 2021
Thailand sentiasa siap sedia untuk meningkatkan kerjasama dengan negara rakan secara konstruktif, baik di dalam mahupun luar negara. - Gambar fail REUTERS
BANGKOK: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menurunkan kedudukan Thailand ke "Tier 2" dalam Laporan Tahunan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2021, yang dikeluarkan pada Khamis.
Thailand kecewa dengan laporan itu kerana ia tidak mencerminkan usaha dan kemajuan sebenar yang dicapai Bangkok dalam memerangi pemerdagangan manusia.
Laporan TIP 2021 mendapati ramai mangsa pemerdagangan manusia dipaksa menjadi hamba seks dan buruh paksa dalam industri perikanan dan pertanian.
Menurut laporan itu, kerajaan Thailand tidak menunjukkan peningkatan secara keseluruhan berbanding sebelum ini, walaupun selepas mempertimbangkan impak pandemik COVID-19 terhadap kemampuan anti pemerdagangan di negara ini.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Thailand menyatakan Laporan TIP, memperlihatkan AS secara sepihak membuat penilaian dari sudut pandang sendiri dan sama sekali tidak mewakili standard antarabangsa.
Jelas kementerian, kerajaan Thailand telah mengambil beberapa langkah untuk melindungi dan mencegah rakyat dan warga asing daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia.
"Semua langkah yang diambil Thailand adalah untuk kesejahteraan rakyat, meningkatkan standard melindungi dan mencegah rakyat tempatan dan warga asing di Thailand, termasuk pekerja migran.
"Thailand sentiasa siap sedia untuk meningkatkan kerjasama dengan negara rakan secara konstruktif, baik di dalam mahupun luar negara, untuk bersama membasmi pemerdangangan manusia dan buruh paksa dalam jua bentuk," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AS
#jabatan negara
#Laporan Tahunan Pemerdagangan Manusia
#TIP 2021
#tier 2
#thailand kecewa
#pemerdagangan manusia
#Thailand
#Bangkok
#penilaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan