awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diplomat dan pegawai pertahanan Korea Selatan, Jepun mulakan rundingan keselamatan

Bernama
Bernama
17/04/2023
06:18 MYT
Diplomat dan pegawai pertahanan Korea Selatan, Jepun mulakan rundingan keselamatan
Kedua-dua pihak dijangka berkongsi penilaian tentang situasi keselamatan di Asia Timur Laut dan di Semenanjung Korea serta dasar pertahanan dan keselamatan masing-masing. -Reuters
SEOUL: Diplomat kanan dan pegawai keselamatan Korea Selatan dan Jepun mengadakan mesyuarat bersama di sini pada Isnin, rundingan pertama seumpama itu sejak Mac 2018, menurut kenyataan kementerian luar Seoul, ketika hubungan dua hala kini semakin pulih.
Mesyuarat perundingan dasar peringkat ketua pengarah itu diadakan selepas Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada bulan lalu bersetuju untuk membaiki hubungan yang terjejas akibat pertikaian sejarah, dan meningkatkan kerjasama keselamatan susulan provokasi yang semakin meningkat dari Korea Utara, lapor Yonhap.
Pertemuan dua tambah dua itu menghimpunkan Seo Min-jung, ketua pengarah hal ehwal Asia dan Pasifik di kementerian luar dan Woo Kyoung-suk, timbalan ketua pengarah dasar antarabangsa di kementerian pertahanan dan rakan Jepun, Takehiro Funakoshi, ketua pengarah hal ehwal Asia dan Oceania, dan Atsushi Ando, timbalan ketua pengarah Biro Dasar Pertahanan.
Dalam pertemuan itu kedua-dua pihak dijangka berkongsi penilaian mereka tentang situasi keselamatan di Asia Timur Laut dan di Semenanjung Korea serta dasar pertahanan dan keselamatan masing-masing.
Pada sidang kemuncak di Tokyo bulan lepas, pemimpin kedua-dua negara bersetuju untuk menyambung semula pelbagai saluran dialog kerajaan yang telah digantung di tengah-tengah ketegangan hubungan akibat pertikaian sejarah yang berpunca daripada penjajahan Jepun di Semenanjung Korea dari 1910-45.
Mesyuarat perundingan bersama itu dilancarkan pada 1998 selepas perjanjian antara menteri luar kedua-dua negara setahun sebelumnya.
--BERNAMA-YONHAP
Topic Berkaitan
#Fumio Kishida
#Diplomat kanan
#Pegawai Keselamatan
#Yoon Suk Yeol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan