awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua terbunuh, empat cedera dalam bencana di tengah Filipina

Bernama
Bernama
01/09/2024
15:46 MYT
Dua terbunuh, empat cedera dalam bencana di tengah Filipina
Biro cuaca negara menyatakan tekanan rendah tropika itu menjejaskan wilayah tengah Filipina dan beberapa bahagian lain di negara itu, serta memberi amaran mengenai hujan lebat di banyak kawasan.
MANILA: Seorang gadis berusia 17 tahun disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh pada awal pagi Ahad, manakala seorang wanita berusia 26 tahun turut terkorban selepas dihempap dinding konkrit yang runtuh di Cebu City, tengah Filipina, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Pihak berkuasa berkata tanah runtuh yang disebabkan hujan lebat itu turut menjejaskan sekurang-kurangnya sembilan keluarga yang rumah mereka mengalami kerosakan. Penduduk kampung, termasuk mangsa, sedang tidur ketika tanah runtuh berlaku.
Tiada laporan lanjut mengenai individu yang hilang dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku sekitar 3 pagi waktu tempatan.
Pihak berkuasa juga melaporkan seorang wanita berusia 26 tahun maut di sebuah kampung lain apabila tembok runtuh akibat hujan lebat sekitar 11.20 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kemalangan itu turut mencederakan tiga kanak-kanak dan seorang wanita berusia 23 tahun, melibatkan empat keluarga seramai 15 orang.
Pihak berkuasa memindahkan penduduk kampung ke tempat yang lebih selamat ketika bandar itu terus mengalami hujan lebat disebabkan tekanan rendah tropika yang melanda negara itu.
Biro cuaca negara menyatakan tekanan rendah tropika itu menjejaskan wilayah tengah Filipina dan beberapa bahagian lain di negara itu, serta memberi amaran mengenai hujan lebat di banyak kawasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bencana alam
#Filipina
#cebu city
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan