awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
10/02/2026
03:30 MYT
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
Mohd Rozi berkata, ketika ini penggunaan dashcam masih bersifat aksesori dan tidak diwajibkan, namun sudah sampai masanya perkara itu dinilai semula oleh pihak berwajib.
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sedang mempertimbangkan cadangan supaya penggunaan kamera papan pemuka (dashcam) diwajibkan kepada semua pengguna jalan raya sebagai sebahagian usaha memperkukuh penguatkuasaan dan keselamatan lalu lintas.

Ringkasan AI
  • JSPT Bukit Aman sedang mempertimbangkan untuk menjadikan penggunaan kamera papan pemuka (dashcam) wajib kepada semua pengguna jalan raya bagi memperkukuh penguatkuasaan dan keselamatan lalu lintas.
  • Cadangan ini bertujuan untuk menjadikan orang awam sebagai "mata dan telinga" kepada pihak berkuasa dalam merekod serta melaporkan kesalahan jalan raya yang berlaku.
  • JSPT merancang mekanisme untuk memberi insentif kepada individu yang melaporkan kesalahan lalu lintas melalui rakaman dashcam, termasuk pemberian diskaun saman kepada mereka yang aktif menyalurkan maklumat berkaitan kesalahan jalan raya kepada pihak berkuasa.

Timbalan Pengarah 1 (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, DCP Mohd Rozi Jidin berkata, ketika ini penggunaan dashcam masih bersifat aksesori dan tidak diwajibkan, namun sudah sampai masanya perkara itu dinilai semula oleh pihak berwajib, khususnya Kementerian Pengangkutan.
Menurut beliau, cadangan tersebut bertujuan menjadikan orang awam sebagai “mata dan telinga” kepada pihak berkuasa dalam merekod serta melaporkan kesalahan jalan raya yang berlaku.
“Sampai masanya negara kita mungkin boleh menetapkan satu syarat atau kewajipan. ' "Buat masa ini ia belum 'compulsory', lebih kepada aksesori, tetapi mungkin sudah tiba masanya kita mewajibkan supaya semua pengguna jalan raya ini menjadi mata kepada pihak berkuasa, di mana kesalahan yang berlaku boleh dirakam dan dilaporkan,” katanya kepada Astro AWANI, pada Selasa.
Mohd Rozi berkata, JSPT juga sedang merancang mekanisme untuk memberi merit atau insentif kepada individu yang melaporkan kesalahan lalu lintas melalui rakaman dashcam.
Sebagai contoh, beliau tidak menolak kemungkinan pemberian diskaun saman pada masa hadapan kepada mereka yang aktif menyalurkan maklumat berkaitan kesalahan jalan raya kepada pihak berkuasa.
“Ini masih dalam perancangan JSPT dalam konteks dashcam. Mungkin bila tiba masa diskaun saman, mereka yang tidak melaporkan tiada diskaun, tetapi mereka yang membuat laporan ada kelebihan,” jelasnya.
Beliau menambah, JSPT turut menerima maklum balas positif daripada masyarakat yang menyokong perluasan penggunaan dashcam sebagai alat membantu penguatkuasaan.
Menurutnya, cadangan itu termasuk membenarkan mana-mana pengguna jalan raya yang memasang dashcam merakam kejadian atau kesalahan lalu lintas dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa.
“Mmaksudnya sesiapa sahaja yang memasang dashcam boleh merakam kejadian atau kesalahan dan menyalurkan maklumat itu kepada pihak berkuasa dan akan ada manfaat kepada mereka nanti,” katanya.
Mohd Rozi berkata, JSPT turut meneliti kemungkinan mewujudkan konsep ‘rakan kepada pihak berkuasa’ bagi pengguna yang bekerjasama dalam aspek keselamatan jalan raya.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa sebarang penggunaan dashcam untuk tujuan pelaporan perlu mematuhi undang-undang serta garis panduan yang akan ditetapkan oleh pihak berkuasa.
“Ini cadangan yang baik yang diterima daripada masyarakat kepada JSPT, dan kita akan menyusun peraturan serta kepatuhan yang sesuai supaya ia dilaksanakan secara teratur dan sah,” katanya.
Topic Berkaitan
#JSPT
#dashcam
#Diskaun Saman
#merit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan