awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duta AS ke Korea Selatan cedera di muka selepas diserang lelaki bersenjata

AFP
AFP
05/03/2015
01:14 MYT
Duta AS ke Korea Selatan cedera di muka selepas diserang lelaki bersenjata
Duta Amerika Syarikat ke Korea Selatan, Mark Lippert cedera dalam satu serangan oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau di Seoul. - Foto AFP
Duta Amerika Syarikat ke Korea Selatan, Mark Lippert cedera dalam satu serangan oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau di Seoul, lapor polis dan siaran televisyen Korea pada Khamis.
Saluran berita YTN yang memetik saksi dan sumber polis berkata, seorang lelaki dengan pisau kecil yang disorokkan di bahagian lengan kanannya menyerang Lippert ketika beliau menghadiri majlis sarapan pagi di Institut Kebudayaan Sejong di pusat ibu kota Seoul.
Paparan video jelas memaparkan duta itu sedang dikejarkan keluar dari bangunan terbabit dengan sebelah tangan di bahagian pipi kanannya manakala sebelah lagi tangannya berlumuran darah.
Lippert, 42, dibawa masuk ke dalam kereta polis dan dikejarkan ke hospital dan dilaporkan dalam keadaan ‘stabil’ oleh jurucakap kedutaan Amerika Syarikat.
Saksi juga berkata pasukan keselamatan polis dilihat menerkam ke arah penyerang yang berpakaian tradisional Korea dan didengar melaungkan slogan anti perang ke arah Lippert.
Amerika Syarikat dan Korea Selatan akan mengadakan satu latihan ketenteraan bersama minggu ini, menyebabkan hubungan kembali tegang dengan Korea Utara.
Hampir 30,000 anggota tentera Amerika Syarikat kini berpangkalan di Korea Selatan dimana Amerika Syarikat dikatakan akan mengambil alih operasi sekiranya berlaku konflik bersenjata dengan Utara.
Sementara itu beberapa laporan berita mengatakan penyerang terbabit sememangnya dikenali oleh pihak polis dan pernah menyerang Duta Jepun ke Seoul pada tahun 2010.
Lippert, bekas Pembantu Setiausaha Hal Ehwal Pertahanan Rantau Asia bagi Amerika Syarikat menjawat jawatan Duta ke negara itu sejak Oktober tahun lalu.
Beberapa laporan berita mengatakan penyerang terbabit dikenali oleh pihak polis dan pernah menyerang Duta Jepun ke Seoul pada 2010.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#duta
#Korea Selatan
#Mark Lippert
#Seoul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan