awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
27 ditahan, 9 didakwa susulan kekecohan ketika protes bantah lawatan Presiden Israel ke Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Duta Myanmar ke PBB lantang rampasan kuasa junta Myanmar

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2021
21:44 MYT
Duta Myanmar ke PBB lantang rampasan kuasa junta Myanmar
Duta Myanmar ke PBB secara terbuka membantah rampasan kuasa yang berlaku di negara itu. - Foto AP
NEW YORK: Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) secara terbuka membantah rampasan kuasa yang berlaku di negara itu.
Kyaw Moe Tun turut mohon komuniti antarabangsa bertindak untuk mengembalikan semula demokrasi di Myanmar.
Beliau turut meminta semua negara mengeluarkan kenyataan terbuka, mengecam rampasan kuasa, dan tidak mengiktiraf junta yang memerintah ketika ini.
"Kami akan terus menentang kerajaan junta untuk semua rakyat Myanmar. Rampasan kuasa ini tidak boleh diterima dalam era dunia moden dan mesti digagalkan. Rakyat Myanmar teguh dan bersatu untuk menentang rampasan kuasa tentera," tegasnya.
Kenyataan ini dianggap mengejutkan dan berani, serta mendapat tepukan gemuruh oleh sebahagian besar diplomat.
Junta tentera merampas kuasa pada 1 Februari lalu, selepas menahan barisan pemimpin kerajaan, termasuk Aung San Suu Kyi.
BACA: Rampasan kuasa: Tentera Myanmar isytihar darurat satu tahun
Junta mendakwa pilihan raya yang menyaksikan pembentukan kerajaan awam dicemari penipuan.
Protes terhadap rampasan kuasa ini masih berterusan sehingga kini.
Topic Berkaitan
#PBB
#Myanmar
#protes
#tentera
#Aung San Suu Kyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan