awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksport pertama durian Thailand guna kreta api tiba di China

Bernama
Bernama
25/04/2022
10:54 MYT
Eksport pertama durian Thailand guna kreta api tiba di China
Eksport itu susulan kejayaan penghantaran percubaan dua kontena durian dan satu kontena kelapa aromatik ke China awal bulan ini. - Gambar hiasan/Unsplash
BANGKOK: Eksport pertama durian Thailand yang dihantar menggunakan perkhidmatan kereta api laluan baharu China-Lao selamat tiba di China pada Ahad, kata Menteri Pertanian dan Koperasi Chalermchai Sri-on.
Penghantaran 500 tan buah durian itu dimuatkan ke dalam 27 kontena, menurut Agensi Berita Thailand (TNA).
Beliau berkata eksport itu susulan kejayaan penghantaran percubaan dua kontena durian dan satu kontena kelapa aromatik ke China awal bulan ini.
Eksport Thailand dari Laos ke China akan diperluas kepada manggis, longan, beras, getah asli, ubi kayu, gula dan mangga, lapor TNA memetik Chalermchai.
Sejumlah 500 tan durian itu dapat dieksport dalam masa setengah hari, bermula dari Stesen Selatan Vientiane ke pusat pemeriksaan sempadan Mohan di China. Jarak masa dipendekkan lebih 50 peratus berbanding percubaan pada awal bulan ini, tambahnya.
Penasihat kepada menteri pertanian, Alongkorn Polabutr, berkata durian itu pertama kali dihantar dengan trak dari wilayah Chanthaburi merentasi sempadan Thai-Lao di wilayah Nong Khai sebelum dimuatkan ke dalam kereta api di Vientiane dan diangkut ke Mohan di Yunnan.
Sekurang-kurangnya 25 kontena durian dari Trat dan wilayah timur lain akan dieksport melalui landasan kereta api Lao-China minggu depan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#durian
#Thailand
#eksport
#China
#kereta api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan