awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam mesin pam digunakan dalam operasi menyelamat 8 pelombong

Bernama
Bernama
28/07/2023
09:54 MYT
Enam mesin pam digunakan dalam operasi menyelamat 8 pelombong
Pasukan penyelamat Indonesia telah menggunakan enam mesin pam pada Khamis untuk menurunkan paras air. -Gambar fail/AP
JAKARTA: Pasukan penyelamat di wilayah Jawa Tengah menggunakan pam bagi mengeluarkan air demi menyelamatkan sekurang-kurangnya lapan pelombong yang terperangkap sedalam 60 meter di lombong emas haram Pancurendang di pinggir Ajibarang, Banyumas sejak Rabu.
Pasukan penyelamat Indonesia telah menggunakan enam mesin pam pada Khamis untuk menurunkan paras air.
"Kami akan melakukan penilaian lanjut apabila pintu masuk air ditutup, dan takungan menjadi kering," kata ketua pejabat mencari dan menyelamat Cilacap Adah Sudarsa dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Polis Banyumas Edy Suranta Sitepu berkata operasi melombong di kawasan itu adalah haram.
"Permohonan permit mereka masih belum diluluskan oleh Pejabat Tenaga dan Sumber Mineral Jawa Tengah sejak 2021," katanya.
Tahun lalu, seorang pesara pegawai tinggi polis menekankan amalan perlombongan haram berlaku di hampir semua wilayah Indonesia seperti Sumatera, Kalimantan, Papua, Sulawesi, Jawa, Nusa Tenggara, dan Maluku.
Inspektor Jeneral Drs. Royke Lumowa berkata aktiviti perlombongan emas secara haram di Gunung Botak, di Buru, Maluku, telah menyebabkan kerosakan alam sekitar, isu keselamatan dan masalah kesihatan dalam kalangan pelombong.
"Kesan perlombongan haram terhadap alam sekitar dapat dilihat daripada tahap pencemaran yang tinggi dan pencemaran merkuri dan sianida dalam pengairan pertanian di sekitar Gunung Botak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lombong
#pasukan penyelamat
#lombong emas haram Pancurendang
#Ajibarang Banyumas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan