awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam terbunuh dalam serangan di Pangkalan Tentera Udara India

Agensi
Agensi
02/01/2016
09:36 MYT
Enam terbunuh dalam serangan di Pangkalan Tentera Udara India
Seorang anggota polis sedang berkawal susulan pangkalan tentera udara Pathankot, di Amritsa awal hari ini. - Foto Reuters
Polis India menembak mati empat lelaki bersenjata yang menyerang Pangkalan Tentera Udara Pathankot, di Amritsa hari ini.
Dua askar turut dilaporkan terbunuh dalam insiden itu.
Pangkalan Tentera Udara Pathankot terletak hanya 50 kilometer dari garisan sempadan India-Pakistan.
Pihak berkuasa India berkata, lelaki bersenjata itu memakai pakaian seragam tentera.
Serangan bermula pada 3.30 pagi dengan berlaku tentangan sengit daripada pihak keselamatan India, sekali gus menyebabkan dua askar di Pangkalan Pathankot terbunuh.
Penyerang dikatakan ada kaitan dengan pertubuhan Jaish-e-Mohammed.
Insiden berlaku beberapa hari selepas Perdana Menteri India Narendra Modi dan pemimpin Pakistan, Nawaz Sharif bertemu di Lahore bagi menggerakkan semula inisiatif damai.
Serentak insiden itu, negeri Punjab, India diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Tahap keselamatan turut diperhebat di kawasan sempadan India-Pakistan.
Topic Berkaitan
#Amritsa
#India
#Pangkalan Tentera Udara Phathankot
#Punjab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan