awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EU umum dana 10 bilion euro untuk negara terjejas banjir

Bernama
Bernama
20/09/2024
14:45 MYT
EU umum dana 10 bilion euro untuk negara terjejas banjir
Von der Leyen memberi jaminan bahawa EU akan menyokong usaha pembinaan semula dalam tempoh beberapa bulan dan tahun akan datang. - Gambar fail/Reuters/Nadja Wohlleben
WARSAW: Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen pada Khamis mengumumkan bahawa negara-negara yang terjejas banjir akan mendapat akses kepada dana berjumlah 10 bilion euro (US$11 bilion) daripada Kesatuan Eropah (EU), lapor Xinhua.
Pengumuman itu dibuat dalam satu mesyuarat di Wroclaw yang turut dihadiri Perdana Menteri Poland, Donald Tusk, Perdana Menteri Czech dan Slovakia, serta Canselor Austria.
Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu, von der Leyen memberi jaminan bahawa EU akan menyokong usaha pembinaan semula dalam tempoh beberapa bulan dan tahun akan datang.
Tusk baru-baru ini berjanji memberi peruntukan bagi usaha menyelamat dan membina semula kawasan-kawasan di Poland yang terjejas oleh banjir.
Poland dilanda banjir besar terutamanya di kawasan barat daya, dengan kawasan yang terjejas teruk iaitu Opole dan Lower Silesia.
Banjir itu meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa, kerosakan infrastruktur dan pemindahan penduduk.
Republik Czech, Slovakia, dan Austria juga terjejas akibat banjir ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#banjir
#peruntukan
#memberi jaminan
#Ursula von der Leyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan