awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi kuat melanda Asia Selatan, lebih 250 maut

AFP
AFP
26/10/2015
23:38 MYT
Gempa bumi kuat melanda Asia Selatan, lebih 250 maut
Gempa bumi berskala Richter 7.5 telah melanda Asia Selatan, menyebabkan lebih 160 orang maut.
Gempa bumi berskala richter 7.5 telah melanda Asia Selatan dan telah menyebabkan lebih 250 orang maut, termasuk beberapa orang kanak-kanak perempuan warganegara Afganistan yang mati dirempuh ketika ingin melarikan diri dari sekolah mereka yang sedang runtuh.
Sekurang-kurangnya 1,000 lagi tercedera dan ratusan rumah musnah akibat gempa bumi itu yang menggegarkan benua kecil itu, di mana beribu-ribu orang yang ketakutan berpusu ke jalan-jalan di Afghanistan, Pakistan dan India.
Gempa bumi itu berpusat berhampiran Jurm di timur laut Afghanistan, 250 kilometer (160 batu) dari Kabul dan pada kedalaman 213.5 kilometer, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.
“Laporan awal menunjukkan angka kematian yang tinggi, kerugian kewangan yang besar di Badakhshan, Takhar, Nangarhar, Kunar dan kawasan-kawasan lain termasuk Kabul, " kata Ketua Eksekutif Afghanistan, Abdullah Abdullah.
Menurut jurucakap rasmi, sekurang-kurangnya 31 orang disahkan maut di Afghanistan, manakala 135 lagi kematian dicatat di Pakistan, dengan jangkaan angka itu akan meningkat lagi.
"Angka sebenar tidak diketahui kerana talian telefon dan komunikasi mengalami gangguan di kebanyakan kawasan,” katanya.
Tambahnya, gempa bumi itu menyebabkan kemusnahan besar di beberapa daerah ," kata gabenor wilayah Badakhshan, Shah Wali Adib .
"Setakat ini 1,500 rumah dilaporkan rosak atau musnah,” katanya.
Pusat gempa itu hanya berada beberapa ratus kilometer dari tapak gempa bumi 7.6 magnitud yang melanda pada bulan Oktober 2005 , yang menyebabkan kematian lebih 75,000 orang.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#gempa bumi
#India
#Kabul
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan