awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Genosid di Gaza 'fitnah tidak berasas', kata Netanyahu di UNGA

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2025
14:04 MYT
Genosid di Gaza 'fitnah tidak berasas', kata Netanyahu di UNGA
Benjamin Netanyahu berucap di Dewan Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada Jumaat. - Reuters
NEW YORK: Laporan daripada Suruhanjaya Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendapati Israel melakukan genosid di Gaza, dan itu turut disokong pemerhati hak asasi bebas, tidak dapat diterima oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Dalam ucapannya di Dewan Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada Jumaat, Netanyahu menolak dakwaan itu dengan menyifatkan tuduhan genosid sebagai 'fitnah tidak berasas'.
“Sekarang saya mahu tanya satu soalan mudah, satu soalan logik.
"Adakah sebuah negara sekiranya benar melakukan genosid akan meminta penduduk awam yang kononnya menjadi sasaran untuk meninggalkan kawasan bahaya terlebih dahulu?” soal Netanyahu.
Kenyataan itu merujuk kepada operasi ketenteraan rejim Zionis yang sedang digerakkan di Bandar Gaza, termasuk arahan pemindahan paksa dikeluarkan tentera Israel sebelum serangan dilancarkan.
Dalam ada itu, Netanyahu sekali lagi mengulangi dakwaan bahawa Hamas menggunakan orang awam sebagai perisai manusia.
Menurut laporan kemanusiaan, sekurang-kurangnya 90 peratus penduduk Gaza kini dipaksa berpindah akibat perang berterusan, serangan Israel turut menjejaskan lokasi menempatkan pelarian seperti hospital, sekolah serta khemah perlindungan.
Pemerhati antarabangsa berpendapat tindakan Israel itu jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, malah memperkukuh asas dakwaan genosid yang dikemukakan PBB.
Keadaan di Gaza terus menjadi perhatian dunia, dengan konflik yang berlarutan ini disifatkan sebagai salah satu krisis kemanusiaan paling parah dalam sejarah moden.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Israel
#Benjamin Netanyahu
#Dewan Perhimpunan Agung PBB
#kekejaman rejim zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan