awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gesaan kiraan semula undi Pennsylvania gagal

Agensi
Agensi
13/12/2016
03:19 MYT
Gesaan kiraan semula undi Pennsylvania gagal
Bekas calon Presiden AS dari Parti Hijau, Jill Stein mengadakan bantahan pemberhentian kiraan semula undi di Pusat Cobo, Detroit, Michigan pada Disember 10, 2016. - Foto REUTERS / Rebecca Cook
Hakim Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat, Paul Diamond menolak cubaan calon Parti Hijau untuk kiraan semula undi di Pennsylavania.
Semasa menolak usaha Jill Stein Itu, Diamond berkata, tiada bukti kukuh aktiviti godam berlaku.
Manakala sistem pengundian di Pennsylvania juga canggih dan tidak mungkin berlaku jenayah itu.
Selain meminta kiraan semula di Pennsylavania, Stein turut mahu undi di Michigan dan Wisconsin dikira semula.
Pada 8 November lepas, bakal presiden Donald Trump menang tipis di ketiga-tiga negeri itu menewaskan saingannya Hillary Clinton.
Gesaan kiraan semula undi semakin meningkat sejak beberapa minggu lepas selepas timbul dakwaan peti undi digodam dan ada campur tangan Rusia.
Bagaimanapun, jika berlaku kiraan semula sekali pun, ia tidak memberi perubahan kepada keputusan akhir yang memihak kepada Trump.
Jutawan hartanah yang terjun dalam bidang politik itu bakal mengangkat sumpah jawatan Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari ini.
Topic Berkaitan
#Jill Stein
#kiraan semula undi
#Parti Hijau
#Paul Diamond
#Pennsylvania
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan