awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hasil imbasan temui kelongsong peluru dalam tubuh banduan di Alabama

Agensi
Agensi
25/10/2021
06:25 MYT
Hasil imbasan temui kelongsong peluru dalam tubuh banduan di Alabama
Pihak berkuasa yang tidak mendedahkan nama dan juga sebab lelaki itu ditahan, bagaimanapun kurang pasti apa yang terjadi pada kelongsong peluru itu. - AP
DECATUR: Seorang lelaki yang dihukum penjara di Alabama, Amerika Syarikat sudahnya bermalam di hospital dan bukannya di sebalik tirai besi selepas hasil pemeriksaan imbasan menunjukkan terdapat kelongsong peluru 'bersarang' di dalam abdomennya.
Banduan yang memasuki Penjara Morgan County perlu menjalani pemeriksaan imbasan sinar-x, dan penemuan mengejutkan itu menunjukkan lelaki berkenaan masih mempunyai kelongsong peluru dari senapang pendek.
Ia dipercayai telah ditelan olehnya, kata jurucakap Mike Swafford kepada agensi berita AP, Khamis lalu.
"Apabila petugas perubatan kami melihatnya, dia dinasihat perlu segera dihantar ke hospital," ujar Swafford.
Lelaki berkenaan, yang telah ditahan oleh agensi penguat kuasa di daerah itu, kemudiannya dilepaskan tanpa dibebaskan.
Pihak berkuasa yang tidak mendedahkan nama dan juga sebab lelaki itu ditahan, bagaimanapun kurang pasti apa yang terjadi pada kelongsong peluru itu.
Jabatan Sheriff tempatan telah mendedahkan imej hasil imbasan tersebut kepada media untuk menerangkan kepada umum tentang prosedur pemeriksaan imbasan di penjara. Menurut pihaknya, sementara kantung kecil atau bekas yang berisi dadah adalah sesuatu yang biasa ditemui dalam tubuh banduan, penemuan kelongsong peluru adalah luar biasa.
“Kami tidak selalu menjumpai kelongsong peluru senapang. Kami berspekulasi bahawa ia berisi dadah, namun kami belum pasti," ujarnya.
Topic Berkaitan
#banduan
#kelongsong peluru
#Alabama
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan