awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut, dua parah insiden tren laju rempuh trak tentera di Perancis
Singapura jangka pertumbuhan ekonomi terjejas, inflasi tinggi susulan konflik Asia Barat - TPM Gan
Pendakwa mohon hukuman penjara 23 tahun terhadap bekas PM Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika

Shafizan Johari
Shafizan Johari
17/06/2024
14:23 MYT
Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika
Suhu di kawasan Jamrah yang dibanjiri jemaah untuk ibadah melontar turun buat seketika ketika hujan. - Astro AWANI/Shafizan Johari
MEKAH/MINA: Syukur.. akhirnya hujan membasahi bumi Mekah Al Mukaramah...
Hanya tangis kesyukuran yang mampu dipanjatkan jutaan jemaah haji yang mengharungi bahang cuaca dalam musim haji kali ini.
Kehadiran hujan yang seringkali diterjemah sebagai rahmat itu bermula pada lebih kurang jam 4 petang di sekitar Mina, lokasi di mana ratusan ribu jemaah haji menunaikan ibadah melontar di Jamrah.
Menurut warga tempatan, ini kali ketiga hujan turun di kota Mekah sepanjang tahun ini.
Suhu pada Isnin meningkat sehingga 46 darjah Celsius dan hujan yang turun turun sekitar 20 minit tu memberikan keselesaan buat semua jemaah
Tinjauan Astro AWANI menyaksikan kedatangan hujan sebagai suatu kejadian luar biasa, sehinggakan orang ramai, baik jemaah dan petugas, menunjukkan ekspresi keriangan semasa hujan turun.
Semua 1.8 juta jemaah dari seluruh dunia kini tertumpu di Mina untuk menyelesaikan ibadah melontar di Jamrah, yang terletak di dalam kawasan berkenaan.
Saksikan video berikut ini:
Topic Berkaitan
#hujan
#Mina
#Mekah
#jemaah haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan