awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat cetus banjir di selatan Thailand

Bernama
Bernama
13/11/2021
21:00 MYT
Hujan lebat cetus banjir di selatan Thailand
Hujan lebat telah menyebabkan banjir di lima wilayah di selatan Thailand. -Gambar fail/Bernama
BANGKOK: Hujan lebat telah menyebabkan banjir di lima wilayah di selatan Thailand.
Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana sejumlah 208 kampung dan 3,136 isi rumah di lima wilayah di selatan iaitu Ranong, Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat dan Songkhla terjejas selepas hujan lebat sejak Rabu.
"Wilayah Chumphon di selatan paling teruk terjejas dengan 153 kampung dan 2,683 isi rumah terjejas. Dua maut akibat banjir," menurut kenyataan jabatan itu di sini pada Sabtu.
Sementara itu, Timbalan Gabenor Chumphon, Samporn Patchimphet berkata, hujan lebat berterusan sejak Rabu menyebabkan banjir di lima daerah di wilayah itu.
"Sehingga kini, kira-kira 10,000 penduduk terjejas," katanya sambil menambah banjir turut menyebabkan Lebuh Raya 41 menghubungkan Selatan Thailand dengan Bangkok terpaksa ditutup.
Sementara itu portal bahasa Inggeris The Nation melaporkan perkhidmatan kereta api di selatan antara Stesen Sawi di Chumphon dan Khao Suan Thurian telah dibatalkan akibat banjir kilat.
Lapan perkhidmatan kereta api dibatalkan akibat banjir, lapor portal itu.
Jabatan Kaji Cuaca Thailand berkata monson Timur Laut melanda Teluk dan Selatan Thailand mengakibatkan hujan lebat.
"Orang ramai perlu berhati-hati kerana keadaan mungkin menjadi semakin buruk mencetuskan banjir kilat.
"Penduduk di pesisir Teluk diminta berhati-hati dengan kemungkinan ombak besar," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#selatan thailand
#Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana
#Samporn Patchimphet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan