awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat jejaskan operasi penerbangan, sekolah ditutup di Mumbai

Bernama
Bernama
26/09/2024
03:15 MYT
Hujan lebat jejaskan operasi penerbangan, sekolah ditutup di Mumbai
Perbadanan perbandaran memaklumkan semua sekolah dan kolej akan ditutup pada Khamis berikutan amaran hujan berterusan daripada jabatan cuaca. - Foto X/Weather monitor
NEW DELHI: Hujan lebat yang melanda Mumbai menyebabkan kejadian banjir kilat serta menjejaskan operasi penerbangan pada Rabu malam, manakala sekolah-sekolah ditutup pada Khamis.
Penumpang terkandas di beberapa stesen kereta api manakala beberapa jalan raya ditenggelami air selepas hujan melebihi 100 milimeter (mm) direkodkan dalam tempoh lima jam pada petang Rabu.
"Kami menggesa penumpang agar kekal berada di dalam kereta api kerana ia lebih selamat. Kereta api akan meneruskan perjalanan apabila air surut," menurut kenyataan perkhidmatan kereta api.
Sementara itu, IndiGo dan Air India memaklumkan bahawa hujan menjejaskan jadual penerbangan di lapangan terbang Mumbai.
Perbadanan perbandaran memaklumkan semua sekolah dan kolej akan ditutup pada Khamis berikutan amaran hujan berterusan daripada jabatan cuaca.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#banjir kilat
#sekolah ditutup
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan