awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IAEA beri amaran risiko keselamatan di Loji Nuklear Zaporizhzhia, Ukraine

Bernama
Bernama
18/08/2024
04:30 MYT
IAEA beri amaran risiko keselamatan di Loji Nuklear Zaporizhzhia, Ukraine
Misi Sokongan dan Bantuan IAEA ke Zaporizhzhia telah diberi taklimat mengenai kejadian itu daripada pegawai di loji kuasa di kawasan yang kini dikuasai Rusia. - Gambar fail/ Reuters
ISTANBUL: Situasi keselamatan nuklear di loji kuasa nuklear Zaporizhzhia di selatan Ukraine semakin merosot selepas serangan dron di sekitar perimeter kemudahan berkenaan, lapor Agensi Anadolu (AA) pada Sabtu memetik Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
"Kita sekali lagi melihat peningkatan bahaya keselamatan dan keselamatan nuklear yang dihadapi oleh Loji Kuasa Nuklear Zaporizhzhia.
"Saya tetap amat bimbang dan mengulangi seruan saya untuk semua pihak menunjukkan pengawalan maksimum dan pematuhan ketat terhadap lima prinsip konkrit yang ditetapkan untuk melindungi loji ini," kata ketua IAEA Rafael Mariano Grossi dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Misi Sokongan dan Bantuan IAEA ke Zaporizhzhia telah diberi taklimat mengenai kejadian itu daripada pegawai di loji kuasa di kawasan yang kini dikuasai Rusia.
Misi IAEA segera memeriksa kawasan itu dan mengesahkan kerosakan berkenaan kemungkinan besar disebabkan oleh dron yang dilengkapi bahan letupan.
Walaupun tiada kemalangan jiwa dan tiada kesan terhadap peralatan loji, letupan itu telah merosakkan jalan antara dua pintu utama kemudahan berkenaan.
Misi itu juga melaporkan peningkatan aktiviti ketenteraan berhampiran loji berkenaan dalam tempoh seminggu lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#serangan dron
#loji nuklear
#Zaporizhzhia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan