awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India, Rusia bincang perjanjian perdagangan bebas

Bernama
Bernama
18/04/2023
06:32 MYT
India, Rusia bincang perjanjian perdagangan bebas
S. Jaishankar berkata, sumber dan teknologi Rusia yang saling melengkapi boleh membawa sumbangan besar kepada pertumbuhan India. - Reuters
NEW DELHI: Sumber dan teknologi Rusia yang saling melengkapi boleh membawa sumbangan besar kepada pertumbuhan India, kata menteri hal ehwal luar India pada Isnin.
S. Jaishankar berkata demikian pada Dialog Perniagaan India-Rusia di New Delhi bersama Timbalan Perdana Menteri Rusia yang juga Menteri Perdagangan dan Industri Denis Manturov, lapor Agensi Anadolu.
"Kami telah mengadakan perbincangan untuk melaksanakan perjanjian perdagangan bebas antara India dan Kesatuan Ekonomi Eurasia namun terganggu akibat COVID (pandemik). Oleh itu saya berharap rakan-rakan kami akan mengambil maklum tentang perkara ini," kata Jaishankar.
Manturov yang kini dalam lawatan dua hari ke India berkata bersama Suruhanjaya Ekonomi Eurasia, merancang untuk mempergiatkan rundingan dengan India bagi memuktamadkan perjanjian perdagangan bebas.
"Selain itu, perjanjian Rusia-India mengenai galakan dan perlindungan bersama pelaburan sedang diusahakan. Kedua-dua sektor perniagaan Rusia dan India mahukan pilihan perdagangan dan mekanisme yang menjamin keselamatan pelaburan," kata Manturov dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Rusia di New Delhi.
"Kami telah melepasi sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion sebelum tahun 2025, yang merupakan tahun sasaran yang diberikan oleh kepimpinan kami. Malah, untuk tempoh April 2022-Februari 2023, saya difahamkan bahawa perdagangan sebenar bernilai kira-kira AS$45 bilion dan unjuran ini akan terus berkembang," kata Jaishankar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perdagangan bebas
#Rusia
#India
#S Jaishankar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan