awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran nafi dakwaan rancang bunuh Trump

Bernama
Bernama
09/11/2024
14:30 MYT
Iran nafi dakwaan rancang bunuh Trump
Iran menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia telah merancang untuk membunuh Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berikutan tuduhan oleh Jabatan Kehakiman AS pada Jumaat. - Gambar fail/REUTERS
TEHRAN: Iran menafikan sekeras-kerasnya bahawa ia telah merancang untuk membunuh Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berikutan tuduhan oleh Jabatan Kehakiman AS pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jurucakap Kementerian Luar Iran Esmaeil Baghaei berkata dakwaan itu adalah "sama sekali tidak berasas dan tidak berlandaskan fakta."
Baghaei berkata tuduhan serupa telah dibuat pada masa lepas dan pengulangannya dalam tempoh semasa adalah satu "konspirasi keji" yang bertujuan untuk merumitkan lagi hubungan antara Amerika Syarikat dan Iran.
Beberapa minggu lalu, pasukan kempen Trump mengumumkan bahawa pihaknya telah dimaklumkan oleh Perkhidmatan Rahsia AS mengenai ancaman sebenar dan konkrit dari Iran untuk membunuhnya.
Badan kehakiman AS telah mendakwa tiga lelaki, yang juga dituduh merancang untuk membunuh seorang penentang Iran. Waran tangkap telah dikeluarkan untuk ketiga-tiga lelaki itu.
Semasa penggal pertama beliau sebagai presiden AS, Trump menarik diri dari perjanjian nuklear dengan Iran dan mengenakan sekatan baru terhadap negara itu.
Pada 2020, tentera AS membunuh Jeneral Iran Qassem Soleimani dalam serangan dron di ibu negara Iraq, Baghdad atas arahan Trump.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iran
#nafi
#rancang bunuh
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan