awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel sengaja potong bekalan air untuk hapuskan warga Palestin - HRW

Bernama
Bernama
19/12/2024
15:30 MYT
Israel sengaja potong bekalan air untuk hapuskan warga Palestin - HRW
Laporan terbaharu HRW mengesahkan bahawa Israel sedang melaksanakan pembasmian dan genosid dalam serangannya ke atas Gaza, khususnya dengan menyekat akses penduduk di sana kepada air, yang sengaja dinafikan oleh Israel. - Foto REUTERS
ANKARA: Laporan terbaharu Human Rights Watch (HRW) mengesahkan bahawa Israel sedang melaksanakan pembasmian dan genosid dalam serangannya ke atas Gaza, khususnya dengan menyekat akses penduduk di sana kepada air, yang sengaja dinafikan oleh Israel, lapor Agensi Anadolu (AA).
Laporan bertajuk "Pembasmian dan Tindakan Genosid: Israel Sengaja Menafikan Bekalan Air kepada Palestin di Gaza" yang dikeluarkan pada Khamis itu menyatakan: "Pihak berkuasa Israel secara sengaja menafikan rakyat Palestin di Gaza akses kepada air bersih untuk diminum dan sanitasi yang diperlukan untuk kelangsungan kehidupan asas manusia."
Menurut laporan itu bahawa dalam konflik yang kini memasuki tahun kedua, tentera Israel "sengaja memusnahkan dan merosakkan infrastruktur air dan sanitasi, bahan pemulihan air, serta menyekat kemasukan bekalan air kritikal" kepada rakyat Palestin di Gaza.
Pengarah Eksekutif HRW, Tirana Hassan berkata:"Air adalah keperluan asas untuk kehidupan manusia, namun selama lebih setahun Kerajaan Israel sengaja menafikan rakyat Palestin di Gaza bekalan minimum yang diperlukan untuk hidup."
Badan pemerhati antarabangsa itu merumuskan pihak berkuasa Israel secara sengaja telah mencipta keadaan hidup yang bertujuan membawa kepada kemusnahan fizikal rakyat Palestin di Gaza, sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
Ia turut berkata tindakan Israel di Gaza "berserta kenyataan sesetengah pegawai Israel yang mencerminkan keinginan untuk menghancurkan rakyat Palestin di Gaza" mungkin menunjukkan satu dasar yang boleh dianggap sebagai jenayah genosid.
HRW turut memetik kenyataan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant pada 9 Oktober lepas yang mengumumkan "kepungan penuh" ke atas Gaza, dengan berkata: "Tiada bekalan elektrik, tiada makanan, tiada air, tiada bahan api, semuanya ditutup."
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Israel
#Palestin
#Human Rights Watch
#Gaza
#bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan