awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Israel tidak berhak sekat bantuan kemanusian ke Gaza' - Zambry

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
12/10/2023
02:45 MYT
'Israel tidak berhak sekat bantuan kemanusian ke Gaza' - Zambry
Seorang lelaki dipapah selepas cedera susulan serangan peluru berpandu tentera rejim zionis Israel di Rafah. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Rejim Israel tidak berhak menyekat segala bentuk kemanusiaan dari negara luar kepada penduduk di Gaza, Palestin.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, mengambil kira situasi kritikal pada masa ini, Malaysia juga menggesa masyarakat dunia termasuk pertubuhan antarabangsa untuk segera menyalurkan bantuan kemanusiaan ke sana.
Pada masa sama, Malaysia turut meluahkan kekecewaan terhadap tindakan berat sebelah dalam menangani perang Israel-Palestin.
“Tatkala pihak Barat dengan sepantas kilat mengambil tindakan dan dan membantu Kiev dalam mempertahankan diri dari pencerobohan Moscow, rakyat Palestin terus dipinggir tanpa sebarang pembelaan atau keadilan.
“Ini jelas menyimpang dengan prinsip kemanusiaan sejagat serta undang-undang antarabangsa.
“Kita juga bangga sewaktu satu dunia menghapuskan pemerintahan apartheid di Afrika Selatan.
“Kenapa pula dasar apartheid rejim Israel dibiarkan terus bermaharajalela dan melanggar norma-norma kemanusiaan,” katanya.
Tambah beliau, Malaysia akan terus membantu Palestin dan buat permulaan, rakyat Malaysia yang ingin menyumbang boleh menyalurkan dana kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).
Ujarnya, sumbangan awal sebanyak RM1 juta daripada akaun itu akan disampaikan kepada Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Zambry Abd Kadir
#Israel
#Palestin
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan