awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganggur didakwa bunuh teman wanita
Penangguhan hukuman satu petanda positif, peluang Malaysia kini 50-50 - AFC
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istana Versailles dibuka semula selepas amaran kebakaran

Bernama
Bernama
11/06/2024
22:00 MYT
Istana Versailles dibuka semula selepas amaran kebakaran
Istana Versailles dibuka semula selepas amaran kebakaran menyebabkan pengungsian sementara pada petang Selasa. - Gambar Bernama
PARIS: Istana Versailles dibuka semula selepas amaran kebakaran menyebabkan pengungsian sementara pada petang Selasa, menurut pengumuman daripada tapak pelancongan terkenal Perancis itu di media sosial X, lapor Xinhua.
"Insiden itu berjaya dikawal dengan cepat dan orang ramai dipindahkan sebagai langkah keselamatan. Istana dan taman kini dibuka," kata Istana Versailles.
Namun, ia tidak memberikan butiran lanjut mengenai insiden berkenaan.
Operasi bomba yang "sangat penting" telah dijalankan di tapak itu sejak tengah hari, lapor akhbar harian Perancis Le Figaro.
Beberapa video di media sosial menunjukkan asap keluar dari istana itu sementara pengunjung dipindahkan.
Salah satu khazanah negara Perancis, bekas kediaman diraja itu menyambut berjuta-juta pengunjung setiap tahun.
Taman di Versailles akan menjadi tempat acara ekuestrian dan pentathlon moden sempena Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#istana versailles
#amaran kebakaran
#pengungsian sementara
#tapak pelancongan Perancis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan