awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri berang bunuh suami dengan air gula mendidih

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2021
05:00 MYT
Isteri berang bunuh suami dengan air gula mendidih
Corinna mengaku mencampurkan tiga beg gula ke dalam air panas sebelum menyiramnya ke badan Michael Baines, 80. -Foto Mirror.co.uk
LONDON: Seorang wanita di England didapati bersalah membunuh suami yang dijaganya ketika mangsa tidur menggunakan air mendidih dicampur gula.
Hakim Mahkamah Chester Crown mendapati tertuduh Corinna Smith, 59, telah secara 'kejam dan menyakitkan' menyebabkan kematian suami yang dikahwininya selama 38 tahun itu.
Ketika perbicaraan, Corinna mengaku mencampurkan tiga beg gula ke dalam air panas sebelum menyiramnya ke badan Michael Baines, 80.
Akibat perbuatannya, mangsa melecur 36 peratus sebelum meninggal dunia ketika dirawat di hospital.
Dalam kejadian pada awal 14 Julai 2020 itu, Corinna membiarkan sahaja suaminya dalam keadaan parah sebelum memberitahu jiran bahawa dia telah membunuh suaminya.
Tindakannya itu ekoran khabar angin yang didengar mengenai suaminya sehari sebelum kejadian.
Michael dikejarkan ke Hospital Whiston namun meninggal sebulan kemudian pada 18 Ogos.
Perkhidmatan kecemasan mendapati Michael menderita kesakitan dengan kulit di lengan kanan dan tangannya menggelupas.
Sementara itu, Ketua Inspektor dari Cheshire Constabulary, Detektif Paul Hughes, berkata tindakan Corinna membunuh suaminya Michael itu amat kejam dan menyakitkan.
"Menyimbah air mendidih ke atas seseorang ketika sedang tidur amatlah mengerikan.
"Tetapi mencampurkan tiga paket gula dalam air mendidih menunjukkan niatnya untuk menyebabkan mangsa cedera parah.
"Gula yang dimasukkan ke dalam air membuatkan ia menjadi pekat serta melekit dan membuatkan ia lebih meresap ke dalam kulit," kata Paul Hughes.
Hukuman terhadap Corinna ditetapkan pada 9 Julai ini.
Topic Berkaitan
#bunuh suami
#simbah air gula mendidih
#Corinna Smith
#Michael Baines
#warga emas
#Hospital Whiston
#menderita kesakitan
#Paul Hughes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan