awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri dikebumi, Nawaz Sharif dan anak dibenar keluar penjara sementara

Astro Awani
Astro Awani
14/09/2018
22:16 MYT
Isteri dikebumi, Nawaz Sharif dan anak dibenar keluar penjara sementara
Nawaz dan anaknya Maryam pada satu konvensyen di Islamabad, Pakistan, 4 Jun, 2018. REUTERS / Fail
Ribuan warga Pakistan menghadiri pengebumian isteri bekas perdana menteri Nawaz Sharif di sini pada Jumaat.
Kulsoom Nawaz, 68 tahun, merupakan salah seorang ahli politik yang paling terkenal di negara itu.
Beliau meninggal dunia pada Selasa selepas beberapa bulan berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di London dan menjalani pembedahan untuk kanser tekak tahun lepas.
Jasadnya dibawa ke kampung halamannya di Lahore dengan pesawat awal Jumaat, dan dikebumikan di tanah perkuburan keluarganya.
Nawaz dan anak perempuannya Maryam, dibebaskan dari penjara buat sementara waktu bagi menghadiri majlis pengebumian Kulsoom, bersama kira-kira 10,000 penyokong yang turut berkumpul untuk memberi penghormatan dan menyampaikan ucapan takziah.
Kedua-dua mereka sedang menjalani hukuman penjara atas tuduhan rasuah.
Mahkamah Agung Pakistan tahun lalu membatalkan Nawaz daripada memegang jawatan dan kemudiannya satu tribunal anti-rasuah mensabitkan mereka bersalah.
Beliau berkhidmat sebagai perdana menteri sebanyak tiga kali semasa kerjaya politiknya, yang bermula pada 80-an.
Nawaz akan kembali ke penjara bersama anak perempuannya pada Isnin, apabila mahkamah dijangka akan mengeluarkan perintah berhubung permohonan ikat jaminnya.
Dua anak lelaki Sharif yang tinggal di Britain tidak menghadiri pengebumian ibunya di Lahore. Mereka tidak pulang bagi mengelakkan kemungkinan ditangkap berhubung kes rasuah.
Bagaimanapun, pada Khamis, kedua-duanya, Hassan Nawaz dan Hussain Nawaz, telah menghadiri satu upacara berasingan untuk ibu mereka di London.
Topic Berkaitan
#kebumi
#Kulsoom Nawaz
#Maryam Nawaz
#Maryam Sharif
#Nawaz Sharif
#penjara
#tanah perkuburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan