awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri pukul, pijak kemaluan suami hingga pengsan

Agensi
Agensi
20/12/2019
05:38 MYT
Isteri pukul, pijak kemaluan suami hingga pengsan
Seorang wanita bukan sahaja sanggup memukul suaminya sehingga terjatuh, malah turut memijak kemaluan lelaki itu sehingga pengsan. - Gambar hiasa
Seorang wanita bukan sahaja sanggup memukul suaminya sehingga terjatuh, malah turut memijak kemaluan lelaki itu sehingga pengsan, baru-baru ini.
Menurut polis tempatan di Probolinggo, Jawa Timur, wanita berusia 30 tahun itu pada awalnya hanya berperang mulut dengan suaminya di kediaman mereka di Desa Kalibuntu.
“Mereka bertengkar soal duit. Wanita itu turut mengesyaki suaminya menjalinkan hubungan dengan wanita lain.
“Semasa bertengkar, wanita berkenaan memukul suaminya sehingga tersungkur dan kepalanya terhantuk di bucu meja. Pada waktu itulah dia memijak kemaluan suaminya sehingga lelaki itu pengsan,” kata polis kepada Kompas.com.
Lelaki malang itu kemudiannya dibawa ke hospital sementara wanita berkenaan berjaya diberkas.
Suspek turut berdepan tuduhan keganasan rumah tangga yang difailkan oleh keluarga suaminya.
Bagaimanapun, kes berkenaan masih disiasat dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara empat bulan sekiranya keadaan mangsa stabil.
Sekiranya keadaan mangsa bertambah teruk, hukuman penjara boleh dikenakan sehingga 10 tahun.
Topic Berkaitan
#Hospital
#keganasan
#penjara
#polis
#suspek
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan