awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jabatan Negara AS ucap takziah kematian wartawannya ketika membuat liputan Piala Dunia Qatar

Bernama
Bernama
10/12/2022
15:29 MYT
Jabatan Negara AS ucap takziah kematian wartawannya ketika membuat liputan Piala Dunia Qatar
Jabatan Negara AS merakamkan ucapan takziah atas kematian wartawan sukan CBS Grant Wahl (gambar) ketika membuat liputan Piala Dunia di Qatar. - Foto Twitter/@GrantWahl
WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) merakamkan ucapan takziah atas kematian wartawan sukan CBS Grant Wahl ketika membuat liputan Piala Dunia di Qatar, kata Jurucakap Jabatan Negara Ned Price dalam satu kenyataan.
"Kami sangat sedih ketika mengetahui mengenai perkara itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya," kata Price pada Jumaat.
Abangnya Eric Wahl, menyiarkan video di Instagram mendakwa wartawan itu rebah ketika membuat liputan perlawanan Piala Dunia antara Argentina dan Belanda, lapor Sputnik.
Wahl kemudian meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital, menurut New York Post.
Pada Isnin, Wahl sempat berkongsi mengenai keadaan kesihatannya serta mendakwa dia telah sakit selama 10 hari dan menerima antibiotik selepas dipercayai menghidap bronkitis, menurut Laporan Bleacher.
Wahl juga mengesahkan dia diuji negatif COVID-19, menurut laporan itu.
Isteri mendiang, Celine Gounder melalui ciapan di Twitter berkata beliau "terkejut" apabila mengetahui mengenai pemergian suaminya dan berterima kasih atas sokongan yang diterima.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Negara AS
#kematian wartawan sukan CBS
#Grant Wahl
#Piala Dunia Qatar 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan